Kisah disebalik lagu SUHAIDA

Obot Kingditubuhkan pada tahun 2012. Band ini dianggotai oleh lima orang anak muda iaitu Obot selaku vocalist, Dean selaku pemain gitar, Nasrin selaku pemain Bassist, Daroul selaku pemain lead guitar dan Hilham selaku pemain drums dan kesemua mereka ini berasal daripada Kuala Lumpur. Genre muzik yang mereka perjuangkan adalah Alternatif Pop, Rock, Punk dan lebih kepada unsur-unsur Illusion dan Love.

Mereka telah merakam beberapa buah lagu di antaranya adalah seperti “Refflesia”, “Maya”, “Merve Da” dan telah pun melahirkan single pertama bertajuk “Suhaida” yang dibuat pada tahun 2008 dan direkodkan pada tahun 2012 di Muzzy Home Studio. Menurut mereka bahawa lagu “Suhaida” merupakan kisah benar yang telah diilhamkan oleh kawan rapat mereka sendiri iaitu Andy BHA.
Sekiranya anda ingin mengenali band ini dengan lebih dekat lagi sila lawati laman sesawang mereka di http://www.facebook.com/pages/Obot-King/474447412580375?ref=ts&fref=ts
Pihak onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Obot King berkongsi lagu dan juga profile mereka. Harapan kami semoga mereka akan terus suksess dalam karya mereka demi untuk mewarni dunia hiburan tanah air kita khusunya indipendent band di Malaysia.