“KISS MY ASS” “KISS MY ASS”

FallingFarewell ditubuhkan pada 1 julai 2009. Band ini berasal dari Miri, Sarawak. Band ini mempelopori muzik yang berasaskan Metalcore/Thrash/Metal.
Band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda. Mereka ialah Julius Chris (Guitar/Clean vocal), Casslay Jebin (Bassist), Nicholas Tinggang (Drummer) dan Raynold Jimmie (Screamer). Walaupun terdapat beberapa perubahan namun lineup ini Falling Farewell secara rasmi pada tahun 2010.
Mereka banyak menyertai event di merata-rata tempat terutamanya di Sarawak. Antaranya ialah Miri Underground Gigs 2, 3, 4& 5 (2010) dan (2011), Miri City Bike Week (2011), Borneo Attack (2013) dan lain-lain lagi. Selain itu juga, Falling Farewell juga diundang membuat persembahan dalam Event Shockwave Entertainment Birthday Bash baru-baru ini.
Falling Farewell dalam perancangan untuk mengeluarkan sebuah video klip. Dimana mereka memilih lagu berjudul “Kiss My Ass”. Lagu itu juga terdapat dalam demo yang sudah dirlis sebelumnya.
Perancangan di masa hadapan pula ialah mereka ingin mendapatkan slot yang banyak untuk perform pada mana-mana event dimasa hadapan. Mereka juga akan meneruskan impian dan karier mereka dalam bidang muzik. Selain berharap dapat membawa lembaran muzik baru dalam industry muzik tempatan.
Bagi yang ingin mengikuti perkembangan band ini dengan lanjut anda boleh terus ke laman sesawang mereka. Antaranya ialah https://www.facebook.com/FALLINGFAREWELL,http://www.youtube.com/FALLINGFAREWELL09,http://twitter.com/#!/FFarewell,http://www.fallingfarewell.tumblr.com, dan http://instagram.com/fallingfarewell09. Bagi yang ingin menghubungi untuk membuat persembahan hubungi nombor yang tertera 0168933507.