KK JAZZ FEST GETTING BETTER AND BETTER – DAPHNE IKING
Getting better and better itulah ungkapan selebriti Daphne Iking yang juga merupakan master ceremony Kota Kinabalu Jazz Festival Edisi Ke-11 yang berlangsung di Tennis Court, Sutera Harbour baru-baru ini. Berlangsung selama dua hari 21 dan 22 Julai, Kota Kinabalu Jazz Festival Edisi Ke-11 menampilkan 12 band yang mempunyai nama besar dalam music Jazz lokal dan antarabangsa. Antara artis dan band yang ditampilkan adalah Gordon Chin, Dominant 5th Of Borneo (D5OB), Kangkung Belacan, Nafas, Sada Borneo, Rozella, Borneo Big Band, Good Messenger, Origen, Shun Ng & The Shunettes, Dasha Logan dan Rainbow Children.
Kota Kinabalu Jazz Festival Edisi Ke-11 yang dianjurkan oleh Rotary Club Of Kota Kinabalu dan Society Of Performing Arts Kota Kinabalu Sabah SPARKS ini berjaya menarik ribuan pengunjung yang datang daripada pelbagai negara. Penulis sempat memerhati kehadiran pengunjung dan peminat muzik jazz yang rata-ratanya datang daripada Taiwan, Hong Kong, Jepun, China serta dari negara jiran seperti Singapura, Filipina dan Indonesia malah dari Eropah serta tidak ketinggalan ramai muka-muka yang familiar daripada peminat muzik lokal kita sendiri. Sesungguhnya KKJF2017 ini berjaya menyatukan orang ramai dalam satu festival yang bagi penulis sungguh berprestij.
HARI PERTAMA DAN FENOMENA ‘MOSHPIT SUMAZAU’ DARIPADA CROWD
Rata-rata persembahan artis dan band pada malam pertama berjaya memukau crowd yang hadir pada hari pertama. Dominant 5th Of Borneo dengan sentuhan pop fusion yang mewakili Malaysia di Yamaha Music Asian Beat Competition di Jepun menampakkan persembahan yang bertenaga dan segar kepada kepada crowd, difahamkan D5OB juga bakal mengegarkan live stage Bazzar Music Fest Edisi Ke-8 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tapi yang paling menarik pada malam hari pertama adalah persembahan Finalist Asia’s Got Talent 2015 Sada Borneo yang terpaksa bermain extra lagu atas permintaan crowd yang rata-ratanya menjerit dan bersorak apabila Sada Borneo membawakan lagu yang mereka pertaruhkan di Audition Asia’s Got Talent yang melonjakkan musik tradisional Borneo. Lebih menarik apabila Sada Borneo berjaya membawa crowd kepada fenomena ‘moshpit sumazau’ yang memperlihatkan kepuasan kepada setiap crowd yang hadir. Sada Borneo yang menutup persembahan pada hari pertama juga menunjukkan kepuasan kerana akhirnya mereka dapat membuat persembahan buat kali pertama di Kota Kinabalu.
‘SHOE TAPPING’ FLAMENCO DARIPADA ORIGEN MEMUKAU PENGUNJUNG PADA HARI KEDUA
Crowd yang datang pada hari kedua dihiburkan dengan tarian ‘shoe tapping’ daripada Origen yang dijemput khas dari Spain. Tarian tradisi ini berjaya membuat atmospera pada malam kedua ini bertambah bertenaga dan unik. Tidak ketinggalan Kota Kinabalu Jazz Festival memberikan peluang kepada generasi baru dengan slot Talent Search, ia adalah sesuatu yang sangat positif kepada pemuzik yang sedang mencari tapak permulaan untuk mereka tampil kepada umum.
Secara mata kasar penulis penganjuran ini menampilkan kualiti tinggi dan memberikan pengalaman yang menarik dan baru kepada crowd yang hadir. Dari segi pencahayaan, bunyi dan susun atur atau layout event semuanya sangat baik. Bagi penulis kualiti sebegini harus dikekalkan agar muzik dan karya serta event yang kita anjurkan terus mendapat sambutan malah akan terus diingati oleh pengunjung dari luar mahupun penyokong lokal. Artis dan band yang luar biasa, crew event yang profesional dan banyak membantu pengunjung seseungguhnya memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan kenangan manis kepada semua hadir pada Kota Kinabalu Jazz Festival Edisi Ke-11. Penulis sangat teruja dan ingin mengucapkan tahniah kepada penganjur dan kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan festival ini dengan luar biasa. Sampai kita jumpa lagi KK Jazz Festival!
Sebarang info dan aktiviti yang akan datang mengenai Kota Kinabalu Jazz Festival boleh diikuti melalui page laman sosial mereka.
https://www.facebook.com/KKJazzFestival/