Klangit Band dari Indonesia?

Namanya saja membuat kita memikirkan ini daripada Seberang, tajuk lagu dan likirnya juga membuat halwa telinga kita menyatakan band tersebut daripada Indonesia. Jangan salah tafsir dan pengertian sebenarnya  Klangit adriband  adalah anak jati Malaysia dimana mereka berasal daripada pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Kelantan. Lagu Sesal Mendua menjadi hit di corong-corong radio ketika ini dan menjadi siulan anak-anak muda. Bukan itu saja lagu tersebut menjadi ranking dan juga permintaan di setiap radio di seluruh Malaysia.
Tetapi apa yang pasti Klangit adalah sebuah band tempatan yang dianggotai oleh Mohamad Nor Hadre Ayub, 27, (Ary-vokalis), Mohd Izwan Ahmad Mahayuddin, 27, (Ewan-bassis) dan Mohd Haris Muhamad, 24, (Haris-gitar). Apa yang pasti mereka sudah biasa disalah anggap begitu.
Klangit adriband  yang memperjuangkan konsep modern pop rock sedang meningkat naik populariti dengan single pertama mereka ‘Sesal Mendua’ yang mirip lagu dari seberang. Ini adalah kerana komposernya merupakan dari negara jiran itu. Panji Sakti juga sebelum ini menciptakan lagu Sayang Sayang, Jangan Nakal dan Lelaki Seperti Aku. Ternyata sengatan komposer ini sungguh berbeza .
Mereka yang sudah beberapa tahun menubuhkan Klangit kini di bawah Sony Music. Mereka sendiri yang pergi ke sana memperkenalkan diri dan mereka diterima. Kini, Klangit baru selesai menjalani penggambaran klip video Sesal Mendua, Klangit berhasrat untuk memiliki album penuh satu hari nanti. Buat masa ini biarlah single mereka memperkenalkan Klangit di mata peminat seni tanah air. 
Artikel disediakan oleh…
-Lara Cleopatra-
Damansara,Kuala Lumpur