KOKUNS STUDIO BERWAJAH BARU

KOKUNS STUDIO antara tempat jamming yang sentiasa jadi pilihan anak anak muzik sekitar Bandaraya KK. Lokasinya yang terletak di Asia City antara penyebab ianya selalu full dan dapat kunjungan ramai jammers jammers yang ingin membuat latihan.

Baru baru ini, kami dapati pihak pengurusan KOKUNS telah menaiktaraf salah satu bilik jamming tersebut. Perubahan yang ketara dan pasti menjadi rebutan kumpulan muzik terutamanya untuk melakukan latihan di sana.

Penambahbaikkan ini semestinya sebagai tanda sokongan mereka kepada industri muzik dan tanahair. Pengrbanan wang ringgit yang besar sudah pasti berlandaskan kemampuan dan keupayaan pihak pengurusan. Yang pasti, semua pengunjung happy dan enjoy di dalam studio ini.

Rasanya, penambahan alatan backline yang berkualiti dan berjenama antara daya tarikan selain keadaan bilik yang sangat exklusive. Ditambah lagi dengan penggunaan cahaya yang malap dan ruang lepak di sediakan sofa yang pastinya selesa. Serta sistem pendingin hawa yang pasti mengeringkan peluh setelah penat berlatih.

Dari itu, kepada jammers jammers di luar sana, datang beramai ramai untuk menikmati feels jamm di VIP ROOM ini. Kadar sewanya adalah RM50/sejam. Rasanya sama sama lah kita menjaga bilik ini agar feelsnya dapat dirasai oleh pengguna pengguna akan datang. Sebarang tempahan boleh di buat menerusi nombor 016-7950205.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial