KOLEJ MSU PRIHATIN DENGAN SENIMAN JALANAN


Kolej MSU merupakan antara kolej swasta yang terdapat di bandaraya Kota Kinabalu ini telah menganjurkan sebuah program santai iaitu MUSIC FOOD TRUCK. Lokasi penganjuran program ini bertempat di ruang hadapan kolej MSU sendiri iaitu di AEROPOD Commercial Square, KK.
Antara program yang disediakan adalah pertandingan akustik. Yang mana seramai 8 buah kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Foto kredit:- Nanbs Bbiey
Kumpulan HANDSOM BOY BUSKER telah dinobatkan sebagai juara pada malam tersebut. Yang mana membawa pulang wang tunai RM800. Manakala kumpulan Acoustic Friends mendapat tempat kedua yang juga membawa pulang wang tunai RM500. Makalana kumpulan RADU BUSKERS mendapat tempat ketiga juga membawa pulang wang tunai RM300.
Tahniah kepada para pemenang yang bertanding dan yang tidak berjaya jangan putus asa kerana ini bukan pengakhiran jalan dalam bekarya. Apa pun tahniaah diucapkan kepada MSU Kolej yang membuka ruang dan peluang ini kepada para belia seni yang dahagakan pentas pertandingan muzik seperti ini. Diharap MSU Kolej akan selalu meujudkan platform serta menjemput anak anak seni tempatan menyertai sebarang program yang melibatkan muzik di kolej anda.