Kombinasi Heavy Metal & Rock n Roll

Fighters disudut yang positif boleh didefinisikan sebagai satu semangat yang tidak mudah mengalah dan akan terus berjuang demi untuk mencapai impian mereka. Begitulah semangat yang tertanam dalam diri setiap ahli band ini….
Figherts ditubuhkan pada 01 Januari 2012 bersempena deangn sambutan tahun baru 2012, hasil daripada gabungan band-band lama yang ingin dan masih mahu meneruskan perjuangan dalam seni hiburan tanah air kita khususnya indipendent band. Mereka ini terdiri daripada Spikey Fidz selaku vocalis, Zhaff Rahmat selaku pemain gitar, Wans selaku pemain lead guitar dan Syah Sari selaku pemain Bass. Manakala genre lagu yang diperjuangkan adalah Thrash Metal dan Soft Scream.
Setakat ini mereka telah menyiapkan dua buah lagu iaitu single 1 bertajuk “Celaru” dan satu lagi adalah cover dari artis 50an iaitu Jasni bertajuk “Puteri Remaja” di mana ianya telah diberi nafas baru. Jika anda ingin mengenali mereka dengan lebih dekat lagi, anda boleh melayari laman sesawang mereka di link http://www.fightersforces.tk dan http://www.facebook.com/fightersband

Pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Fighters berkongsi profil dan lagu-lagu mereka. Kami berharap agar mereka akan terus suksess dalam kerjaya yang diceburi demi untuk memertabatkan genre lagu yang mereka perjuangkan di persada tanah air kita.