Konspirasi Pembunuhan Beramai-Ramai

Massacre Conspiracy ditubuhkan pada tahun 2008. Dimana kesemua llineupnya pada ketika itu berumur 20an. Band ini mempelopori konsep muzik yang berasaskan kepada Melodic Metalcore.

Band ini dianggotai oleh 6 anak muda. Dimana lineupnya ialah Ash (Screams Vocal), Emy (Drum), Sonny (Guitar/Vocal), Godoy (Guitar), One jet (Bass) dan Ax (Keys/Synth). Dengan kombinasi semua lineup dapat menghasilkan satu kualiti muzik yang rancak dalam band ini.

Pada awal penubuhan, single yang pertama berjudul “Start See To The  Sky” telah menghasilkan. Dengan peluang diambil setiap kali membuat persembah untuk mempromosikan single ini di sekitar Kuala Lumpur. Dimana reaksi positif dari peminat hasil usaha yang dilakukan oleh MC terutamnaya di scene muzik underground.

Pada tahun 2008, Ax telah menawarkan diri untuk menyertai MC. Kemasukan Ax telah mengubah konsep muzik asal MC kepada genre Melodic Metalcore. Namun beberapa bulan selepas itu pada awal tahun 2009, kedua-dua ahli pengasas MC iaitu Ali dan Ashy meninggalkan band ini atas komitmen lain.

Walaupun tidak mempunyai lineup yang cukup namun mereka tidak berputus asa. Dimana  mereka berjaya mengeluarkan sebuah demo yang berjudul “The prophecy”. Mereka juga telah mendapat respon yang positif dari ROTTW.

Satu pencarian lineup baru dibuat oleh MC untuk mengisi kekosongan dibahagian pemain gitar dan bass. Dimana MC telah memutuskan untuk mengambil One Jet untuk mengisi dalam pemain bass. Kemudian Godoy, selepas itu menyertai band ini dan mengisi kekosongan sebagai pemain gitar.

Selepas itu, MC telah mengeluarkan lagi sebuah single yang berjudul “Bloodshed”. Dimana lagu ini telah dimainkan lebih daripada 10, 000 kali dalam tempoh beberapa bulan sejak single itu dikeluarkan. Ini menjadikan band ini semakin dikenali oleh lebih ramai peminat.

Pada akhir tahun 2010, MC telah memasuki sebuah pertandingan muzik iaitu soundstage ROTTW. Dalam pertandingan itu, band ini telah dinobatkan sebagai juara yang julung kalinya dalam penyertaan MC ini. Namun mereka tetap untuk meneruskan membuat persembahan di seluruh Malaysia.

Pada akhir tahun 2010, Mio telah memutuskan untuk keluar dari band ini atas komitmen lain. Namun pada bulan Disember 2010, satu sejarah dicipta apabila mereka dipilih untuk membuat persembahan pada event Rock The World bersama-sama dengan artis-artis ternama yang lain di Malaysia. Sambil itu juga, MC telah menempah sejarah sebagai band termuda dalam event Rock The World.

Kalender 2011 merupakan tahun yang terbaik bagi MC. Ini kerana band ini dipilih untuk membuat persembahan sebagai band pembuka dalam satu event antarabangsa. Dimana ianya disertai oleh band-band luar seperti Carnifex, Eye Set To Kill, Sucide Silence, The used, All Time Low dan banyak lagi.

Mereka juga pernah memasuki pertandingan Battle Of The Bands Hotsound Studio dan Rox Planet. Dimana mereka telah memenangi kedua-dua gelaran itu. Selaku juara Planet Rox, MC telah diberi peluang untuk membuat persembahan di Canada Music Fest Year Envol et Mecadam.

Pada awal tahun 2012, MC telah dipilih untuk mewakili Malaysia untuk dalam Hard Rock Rising. Pada November 2012, sejarah telah tercatat apabila MC telah dicalonkan dalam Anugerah Shout 8TV untuk anugerah “Breakthrough Artist” dan sekaligus berjaya memenangi anugerah tersebut. Dimana seluruh Malaysia menyaksikan sebuah band metal pertama yang pernah memenangi anugerah itu melalui stesen TV dan membawa underground scene ke tahap yang lain di Malaysia.

Perkembangan terkini dalam kalender 2013, mereka kini sedang menjelajah seluruh Malaysia dalam “Lost Tour Holocaust”. Dimana mereka dalam perancangan untuk pengeluaran album penuh MC yang berjudul “Lost Holocaust”. Ianya akan dikeluarkan pada 6 Julai 2013.

Baru-baru ini MC dipanggil untuk membuat persembahan dalam event Shockwave Entertainment Birthday Bash. Persembahan memukau dari MC telah menghangatkan lagi suasana event tersebut. Diharapkan ianya akan menjadi pembakar semangat kepada band-band lain untuk berjaya.

Bagi yang ingin mengetahui perkembangan terkini band ini anda boleh klik link yang tertera dibawah:

www.twitter.com/MC16band

www.myspace.com/massacreconspiracy

www.purevolume.com/MassacreConspiracy

www.reverbnation.com/massacreconspiracy

www.massacreconspiracy.tumblr.com/

www.youtube.com/MassacreConspiracy

Bagi mendapatkan material band ini anda boleh ke link:

Attack Apparel
http://www.attackappare.com.my/

Elstees
https://www.facebook.com/elsteesmycloth

Macbeth
https://www.facebook.com/elsteesmycloth

Crooz Clothing
http://www.croozcloth.com/

Murderothica Clothing
www.myspace.com/murderothica_clothing

Bagi yang ingin menghubungi untuk tempahan membuat persembahan boleh hubungi Topan (012 264 8264), email (apizpunkerstar@yahoo.com) dan massacreconspiracy@yahoo.com.