Kriss kembali dengan band baru

Roktrus adalah sebuah band baru yang sedang giat mempromosikan single terbaru mereka yang berjudul  “Jangan Pergi Lagi”.Mengikut info dari salah seorang line mereka, single ini telah diputarkan di corong radio internet dan juga frekuensi.Kini menanti komen dari pendengar sahaja.

Sedikit informasi untuk anda,band ini adalah sebuah band projek.Dimana kesemua mereka ini mempunya band sendiri.Ini tidak menjadi masalah kepada mereka kerana mereka semua ini profesional dan dapat membahagikan masa dengan sebaik mungkin.

Roktrus ini dianggotai oleh 5 orang ahli muzik yang hebat.Dari kiri, Ahchai selaku pemain bass.Manakala Kris selaku vokalis.Rodie selaku pemain gitar kedua.Momo pula mengambil alih jawatan sebagai pemain gitar utama.Dan frank (tiada dalam gambar) selaku emain drum bagi band ini.

Kalau sebelum ini,vokalis band ini iaitu Kriss merupakan salah seorang penyanyi kepada sebuah band lain.Beliau telah keluar dari band tersebut dan hilang untuk sementara.Sedar tak sedar, dia kini dah bersedia untuk mengubati rindu member membernya yang tercari cari kemanakah Kriss menghilang.Dia kembali dengan sebuah single yang harus anda dengar dan hayati setiap bait bait lirik lagunya

Baru baru ini,mereka telah dijemput untuk bermain di sebuah hotel bertaraf 5 bintang.Dan rasanya penonton berpuas hati dengan persembahan dari band yang baru sahaja di tubuhkan ini seawal bulan Nov 2012 yang lepas.

kepada yang belum pernah mendengar single dari band ini, anda boleh dengarkan di onlinefm atau anda boleh kunjungi page mereka di FB dengan menaip “Roktrus”