Kuat bermimpi
Band ini telah menjuarai satu pertandingan Akustika anjuran Lembaga Kebudayaan negeri Sabah pada baru baru ini dan berdasarkan keputusan juri,pada malam pertandingan tersebut,persembahan akustik dari mereka amat bagus dan memukau penonton yang turut sama menyanyikan lagu yang dipersembahkan.dan salah seorang juri pada pertandingan tersebut adalah “SHAM KAMIKAZE”
Band ini membawa konsep Rock,akustik dan muzik yang boleh menenangkan jiwa.Sebagai contoh,demo pertama mereka iaitu PEMIMPI telah pun berkumandang di radio onlinefm dan mendapat sambutan hebat dari penedngar di luar sana.Dan dengar cerita,mereka sedang menyiapkan klip vedio bagi lagu ini.Dan semestinya mereka tetap dengan konsep D.I.Y akan segala apa yang dihasilkan.
Untuk mengenali dengan lebih rapat atau ingin mendapatkan no talifon mereka,sila LIKE page mereka di FB iaitu http://www.facebook.com/pages/Maharany-band dan harap anda semua juga turut serta menyokong band ini sampai bila bila.Semestinya mereka juga tidak akan menghampakan peminat mereka dan sahabat handai yang suka akan lagu lagu yang mereka hasilkan.