KUMPULAN 4AG CUNGKIL BAKAT BARU DALAM ARENA MUZIK

4AG (For Aggressive Gentelman)

Nama 4AG sememangnya sudah tidak asing lagi dalam arena muzik Metal khususnya di Kota Kinabalu Sabah. Mereka satu satunya chineese band yang mempunyai kekuatan padu dalam aliran muzik tersebut. 4AG juga pernah menjadi band headline dalam konsert Bazzar Music Festival beberapa tahun lepas.

Tanggal 3 Ogos akan datang, 4AG ada menganjurkan sebuah program “unplugged” di salah sebuah cafe yang terletak di Plaza 333 (Penampang Bypass). Dalam program ini, mereka cuba memperkenalkan beberapa buah kumpulan baru kepada para pengunjung.

Antara Kumpulan yang bakal membuat persembahan ini nanti adalah Newborn, Young Horizon,Emoji, Shaha & Friendz & Unporepared. Ini adalah satu usaha yang bagus dan harus di contohi oleh mana mana kumpulan yang sudah mempunyai nama atau lama dalam arena muzik. Sama sama kita memeriahkan lagi suasana arena muzik khususnya di Sabah.

4AG sewaktu konsert di Kota Kinabalu

Dengan adanya program sebegini, akan lahirkan komuniti yang sayang dan mampu memberikan sokongan kuat kepada gerakan anak muda yang cenderung pada bidang seni muzik. Tahniah 4AG atas usaha murni ini dalam turut sama membangunkan muzik di Sabah.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial