KUMPULAN BLACK TWO DARI SANDAKAN DAPAT PELUANG MEMBUAT PERSEMBAHAN DI RTM

Nama Black Two Band sememangnya mungkin masih baru lagi di arena muzik ini. namun bila dilihat menerusi gambar line up diatas, ternyata mereka ini sudah lama dalam muzik. Tuah ayam nampak dikaki, tuah Black Two Band dapat slot di RTM

…inilah yang dikatakan rezeki tak salah alamat. Sungguhpun mereka ini jauh di Sandakan Sabah, namum bakat mereka telah dihidu oleh pihak RTm. bila mana Black two band telah ditawarkan slot persembahan dalam rancangan terbitan RTM iaitu RENTAK AKUSTIKA. 6 buah lagu bakal dipersembahkan dan proses rakaman juga telah selesai. Hanya menanti masa siarannya sahaja yang akan di umumkan dalam masa terdekat ini.

Black two terdiri daripada Khai (vokal), Rajis (gitar), Jull (Bass), Ash(Keyboard) dan Wan (Drum). Jutaan terima kasih diucapkan kepada komposer yang juga berasal dari Sandakan Sabah iaitu EN Henri Giau kerana membuka ruang ini kepada anak anak seni muzik di Sandakan. Inilah cara terbaik untuk menjadikan muzik tempatan Sabah terus berkembang dan sihat.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial