KUMPULAN FLYHIGH KEKALKAN BAHASA IBUNDA DALAM PENULISAN LAGU

FLYHIGH merupakan sebuah kumpulan muzik Kontemporari Rock yang berasal dari Kuching Sarawak. Mereka ditubuhkan bedasarkan minat yang kuat pada muzik. Dan mereka ini semua adalah pemuzik yang bermain muzik di kelab sekitar Kuching Sarawak yang ingin
mencari nafkah melalui muzik.Sepanjang penubuhan mereka sejak 2011, banyak pengalaman yang mereka tempuhi dalam menjadi anak seni. Dalammasa yang sama, mereka juga ada menghasilkan lagu ciptaan mereka sendiri yang mana kesemua lagu lagu tersebut ada dihidangkan melalui youtube channel mereka.
FLYHIGH dianggotai oleh 5 orang ahli kumpulan iaitu Bani selaku vocalis, Kevin selaku pemain keyboard, Ogos selaku pemain Drum, Ching selaku pemain Bass dan mereka menggunakan 2 orang pemain gitar iaitu Lester dan Cami. Mereka memilih genra Kontemporari rock dan setakat ini Flyhigh bergerak secara indipendent. Dah dengar lagu terbaru Flyhigh? kalau belum, boleh lihat muzik video dibawah.