KUMPULAN HONEST DINOBATKAN JUARA

HONEST
Lagu SEPARUH HIDUPKU hasil ciptaan sepenuhnya kumpulan HONEST telah berjaya menambat hati juri pertandingan JUARA LAGU anjuran stesen radio tempatan Keningau FM. Bila mana di nobatkansebagai juara lagu kategori bahasa melayu, Siapa sangka, ciptaan anak anak muda kelahiran daerah pendalaman ini mampu membawa linangan air mata gembira pada keluarga terdekat serta sahabat handai setelah di umumkan sebagai juara lagu. Ternyata lagu tersebut memang melehat di hati para meninat serta penonton yang hadir pada malam itu.
Anda sendiri boleh mendengarnya bila mana sahaja verse pertama di nyanyikan oleh vokalis kumpulan ini, kedengaran suara penonton juga turut sama menyanyikan lagu tersebut. Inilah kehebatan serta aura yang ada pada kumpulan yang di anggotai oleh Man, Adee, Christ, Kin Kin dan beberapa orang ahli baru lagi.
Usaha gigih dan pengorbanan yang mereka hadapi sejak di calonkan dalam pertandingan juara lagu ini memang terbalas dengan kejayaan yang mereka kecapi. Di tambah lagi dengan sokongan padu keluarga serta rakan rakan seperjuangan serta peminat setia mereka yang tidak pernah lepas dari barisan hadapan pentas.
Dengan kejayaan ini, pasti kumpulan HONEST akan lebih giat lagi menghasilkan lagu lagu yang berkualiti dan menjadi trend semasa hari ini. Khususnya peminat laman sosial mereka. Seperti yang kita ketahui, muzik ini hanyalah hobi mereka dan bukannya di jadikan karier. DImana, kesemua ahli kumpulan ini mempunyai kerjaya masing masing.

Bukan sahaja di nobatkan sebagai juara, malah mereka juga merangkul gelaran persembahan terbaik pada malam tersebut. ternyata percaturan serta persiapan yang cukup hitu dari kumpulan HONEST memang tidak sia sia. Dengan kemunculan ANGELS (kumpulan penyanyi latar) menambahkan lagi aura juara pada malam tersebut.

Diharap kepada pemuzik pemuzik di luar sana, jadikanlah kejayaan kumpulan honest ini sebagai contoh kepada anda semua. Dimana penghasilan lirik serta gubahan lagu yang cukup teliti menjadikannya satu kejayaan yang manis dalam tahun 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial