Kumpulan “Pay Per Clips” dah nak rilis 2nd EP

Mereka sebelum ini muncul dengan band Voice Of Society (V.O.S) yang dianggotai Hafiz (Guitar + Vocal), Zulhilmi (Bass), Azri (Drum) pada tahun 2005. Dimana mereka merupakan rakan sekelas semasa bersekeolah di SM Teknik Labuan bersama-sama dengan Jeremy yang pada ketika itu belum lagi menggiatkan diri dalam bermain muzik.V.O.S memainkan muzik grunge yang memperjuangkan kebebasan, perjuangan, dan anti perperangan.

Mereka telah menghasilkan 15 buah lagu antaranya “Mistake”, “teache”r,”voice of society”,”where’s the bombs drop???”, and “minded”.Namun setahun kemudian mereka berpecah apabila masing-masing melanjutkan pelajaran. Dimana Hafiz dan zul pula menyambung pelajaran mereka di kolej Matrikulasi Labuan (2006). Manakala Azri pula menyambung pelajarannya di Politeknik Kota Kinabalu dalam bidang diploma mekanikal selain Jeremy yang menyambung pelajarannya di UniversitiTeknologi Mara (UITM) dalam bidang diploma penerbangan.

Selepas itu, Hafiz telah menubuhkan sebuah band berteraskan muzik alternatif iaitu Esofagus yang dianggotai oleh Fadh (Drum), Jeng (Bass), Fadhil (Gitaris) semasa menyambung pelajaranya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal pembuatan pada tahun 2007. Dimana mereka telah berjaya menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk “Yang Tak Kembali” yang mana turut di muatkan dalam EP “Pay Per Clips” pertama mereka (SajaSuka). Namun mereka hanya bergiat aktif untuk membuat persembahan di sekitar UTM sahaja.

Pada tahun yang sama juga Zul telah menyambung pelajarannya di Universiti Malaya (UM) dalam bidang ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal pembuatan. Namun beliau masih terus bermain muzik pada ketika itu. Selain Azri yang tidak aktif bermain muzik selama dari tempoh pengajiannya.

Pada tahun 2011, Hafiz meneruskan karya beliau secara solo sehinggalah berjumpa Jeremy dan Azri. Dimana mereka telah berjaya menghasilkan sebuah lagu pertama yang bertajuk “Just For You”. Bermula dari saat itulah tertubuhnya band Pay Per Clips pada 23 November 2011. Setelah berpindah ke Labuan, Zul mula menyertai Pay Per Clips sebagai pemain gitar.

Band Pay Per Clips merupakan sebuah band dari pulau kecil yang dikenali sebagai Labuan. Dianggotai oleh  4 orang anak muda iaitu Hafiz (Vocal & Guitar), Zulhilmi(Guitarist),Jeremy (Bass) dan Azri (Drum). Mereka membawakan konsep musik indie di dalam lagu mereka.

Mereka telah menghasilkan pelbagai lagu sehingga berjaya mengeluarkan EP pertama mereka yang bertajuk “SajaSuka” secara home recording. Selain itu juga 13 buah lagu dan satu lagu cover telah terhasil dari EP ini. Antaranya ialah“Melankolik”,”Momentum”,”Caroline” dan “Akan Ada Pelangi” dan “Kepada-Mu”(feat Miss Bella adikkepada Hafiz),dan “My Love Adventure” (cover YayaSuraya).
                                       

Kini mereka sedang giat untuk menghasilkan EP kedua mereka yang bertajuk “Mission To the Black Hole” yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2013. Turut di masukkan dalam EP ini ialah “Unidentify”, “Chronology (Intro)”, dan “Voice of Conquer Heart”. Lagu mereka mula di siarkan di radio-radio tempatan pada pertengahan tahun 2011 dan berjaya tersenarai dalam carta radio (Borneo English Top Ten:”Voice of Conquered Heart”).

Akhir kata,diharapkan agar industri musik ini akan terus berkembang maju seiring dengan arus globalisasi dimana ianya akan dapat melahirkan banyak karya-karya baru daripada anak-anak seni tempatan. Sokongan terhadap band-band tempatan juga amatlah dialu-alukan. Ini sekaligus dapat menaikkan lagi nama industry muzik tempatan terutamanya di Sabah Negeri Dibawah Bayu.