KUMPULAN SUKA SUKI RILIS LAGU RAYA 2018

SUKA SUKI yang sudah tidak asing lagi di daerah Sandakan sabah adalan antara band akustik yang selalu kelihatan di majlis keramaian sekitar bandar Sandakan. Persembahan akustik dari 5 orang anak muda ini cukup membuatkan para penonton terhibur dan turut sama bernyanyi bila mana seleksi pilihan lagu lagu terkini di persembahankan.
Info terbaru kami terima adalah kumpulan ini dalam proses mempromosikan single terbaru mereka yang berjudul SUKA SUKI AIDILFITRI. Lagu ini sudah di hantar ke stesen stesen radio tempatan. Dengan harapan ianya dijadikan playlist sempena ketibaan Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Kami juga di fahamkan bahawa muzik video bagi lagu ini kini hampir siap. Rasanya akan di muatnaik ke laman youtube dalam masa terdekat ini. Jadi, kepada anda diluar sana, jangan lupa untuk dengarkan lagu terbaru mereka ini di stesen stesen radio tempatan. Serta jangan lupa follow fb page mereka untuk mengikuti perkembangan terkini and akustik ini.
p/s
Buat masa ini mereka available di invite untukĀ memeriahkan majlis”OPEN HOUSE” anda dihari lebaran yang bakal tiba.