KUMPULAN XPDC SAMBUT MERDEKA DI KOTA KINABALU


XPDC KK Tour 2019 dibawakan oleh Blockchain Island dengan kerjasama radio online SiukFm & On9fm akan berlangsung di A Square, Container Nightmarket, Kota Kinabalu pada hujung bulan ini.
Buat pertama kalinya semua anggota Xpdc akan turun dalam rangka mempromosi Album Doa . Program Santai Akustik sambil bertemu peminat ini akan diserikan dengan lagu lagu nostalgia Xpdc oleh Yobi Buskers selaku pembuka tirai pada malam itu nanti.

Album terbaru kumpulan XPDC berjudul DOA telah berada di pasaran sejak 29hb September 2018 dan mula dijual secara terus menerus kepada peminat ketika XPDC terlibat dengan mana mana persembahan sekitar Malaysia. Difahamkan mereka akan membawa ALbum serta merchandise lain untuk peminat di Kota Kinabalu Sabah.