LAGU AKU DIA & DIA KUMPULAN TITIKDINGINDAMAI DIPILIH KE LAYAR PERAK


…”Terima kasih buat tuan pengarah Sabri Yunus serta tim produksi Balang Rimbun SDN BHD kerana memilih karya sederhana titikdingindamai menjadi sebahagian pemeran daripada telemovie Hassan Turbo. Kerana kami percaya setiap lagu yang bernyanyi pada suatu naskah layar perak juga merupakan 1 watak yang bermain”…
Itulah kata kata yang terungkap dari salah seorang ahli kumpulan titikdingindamai yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Bila mana 2 buah lagu ciptaan anak anak seni ini dipilih menjadi lagu tema dalam telemovie aharah Abang Sabri Yunus. Seorang nama besar dalam insudtri seni di tanahair.

Selain itu juga, titikdingindamai kini telah bernaung dibawah syarikat rakaman milik sifoo M.Nasir iaitu LUNCAI EMAS SDN BHD. Ini adalah berita yang amat membanggakan khususnya pemuzik sekitar Sabah bila mana ada pihak luar yang nampak akan kayra seni anak anak muda yang berpandangan jauh kehadapan dalam penghasilan sesebuah lagu.

…”Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Encik Hairul Hasnan selaku juru adun bunyi bagi karya-karya titikdingindamai selama ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih ini buat pihak Luncai Emas SDN BHD“….
Disebalik kejayaan kumpulan ini, ada satu nama kecil yang memainkan peranan dalam penubuhan serta penglibatan seni mereka. Dia adalah guru muzik kepada anak anak seni titikdingindamai iaitu En Hairul Hasnan. beliaulah yang bertanggungjawab (proses rakaman) dalam menjadikan lagu lagu titikdingindamai ini diterjemahkan kedalam bentuk fizikal (Cakera padat) suatu ketika dulu.

…”Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Encik Hairul Hasnan selaku juru adun bunyi bagi karya-karya titikdingindamai selama ini”…
Difahamkan EP titikdingindamai terjual hampir 500 keping. Penerimaan pendengar serta masyarakat sekeliling akan karya seni kumpulan ini amat memberangsangkan. Hingga mampu mencecah jualan sebanyak itu.