Lagu baru bulan Mac & April

Setakat ini sambutan yang kami terima amat menggalakkan dari pemuzik pemuzik INDIE sekitar Malaysia.Tidak dilupakan dengan sahabat yang berada di luar Malaysia yang turut sama berkongsikan lagu mereka untuk tujuan promosi dan perkongsian sihat dalam konteks yang sama iaitu muzik.

Ini terbukti bila mana bulan Mac sahaja,pihak kami telah menerima lagu sebanyak 10 buah lagu dimana lagu lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya dari pemuzik itu sendiri dan telah di rekodkan dalam versi DEMO dan SINGLE.

Ini merupakan satu tanda dimana mereka iaitu band/solo INDIE telah mula berani untuk bekarya di saat CD tak ada yang nak beli,apatah lagi album.Mereka pandai mengatur strategi untuk memasarkan dan mempromosikan lagu lagu tersebut mengikut peredaran masa

Lebih membanggakan dimana bulan April yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam telah memberi semangat kepada pihak kami.Dimana sebanyak 19 buah lagu baru telah di muat naik ke dalam email kami.Lagu lagu tersebut hasil perkongsian band band seluruh Malaysia.Bukan itu sahaja,penyanyi SOLO indie juga telah turut sama memuat naik lagu lagu mereka kedalam email kami.
Ini teah menunjukkan yang komuniti OnlineFM ini telah diterima oleh warga pemuzik dan kami masih mengharapkan akan lebih ramai lagi band diluar sana menghantarkan lagi lagu lagu mereka untuk di putarkan di radio onlinefm.Sekiranya anda ingin mengetahui syarat syarat untuk lagu anda diputarkan,sila klik disini
Dari itu,sama sama kita nantikan lagu baru pada bulan Mei ini.rasanya akan lebih ramai lagi lagu yang bakal anda dengarkan dan band baru yg kita ketahui.Kita semua harus memberikan support dan doringan kepada mereka kerana…
                                                    “Kalau bukan Kita,siapa lagi”