Lagu baru dari PicuMelodi

Agak lama juga mereka ini menyepikan diri.Besar kemungkinan mereka bertapa dan mencari ilham untuk stuff yang bakal kita terima.Minggu epas,email onlinefm telah menerima sebuah lagu terbaru dari band ini.Mereka ini berasal dari Kota Belud Sabah yang mengelarkan diri mereka Picumelodi

Last sekali kami nampak mereka perfom ketika event Stompin Sabah dimana mereka mencuba nasib dalam pertandingan battle of the band.Malang sekali mereka tidak berjaya untuk mendapat tempat,tetapi mereka berjaya memperlihatkan karya & bakat mereka di hadapan hampir 1000 orang croud yang hadir.

Lagu yang baru saja mereka rakamkan adalah bertajuk HARI INI DUNIA.Menurut vokalis mereka iaitu  Liliq,lagu ini dirakamkan di studio KKMP yang mana terletak di Kingfisher, Likas.Kalau di dengar sekali,lagu ini memang tak puas.Akan tetapi,korang jangan takut kerana korang boleh req lagu ini pada DJ yang bertugas di OnlineFM

Atau,korang boleh kunjungi band page mereka di FB iaitu Picumelodi.Disana bukan sahaja lagi ini,malah terdapat 3 buah lagu lagi yang dihasilkan oleh mereka sendiri.Harap korang semua dapat bagi support pada band ini dan seperti biasa,jangan lupa LIKE mereka di FB dan kenalkan kepada rakan rakan anda yang lain.

Sekiranya anda seorang organiser gigs,sudikanlah menjemput mereka bermain di gigs anda.Lihatlah persembahan mereka dan berilah mereka peluang untuk memperlihatkan karya karya asal mereka…