LAGU BUAT ARJUNA NADHIR YANG KINI BERADA DI SYURGA


Sebagai seorang ayah pastinya kehilangan seseorang yang dicintai akan terasa setiap hari. Tetapi akankan daya, DIA (TUHAN) lebih mengetahui apa yang terbaik buat anak syurga ini “ARJUNA NADHIR”.

Anak kembar kepada Paktam telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga pada tanggal 26 Jun 2017. Tidak terasa masa berlalu dimana hampir 2 tahun Arjuna Nadhir telah pergi menghadap Ilahi.
Dua hari lepas, PakTam telah memuatnaik sebuah videoklip di laman Youtubenya. ARJUNAKU, SYURGAKU adalah lagu khusus buat mengubat rindu pasangan ibubapa kepada anak syurga mereka yang pergi.
“.. Lagu ini berkisah benar yang menceritakan tentang anak kembar saya di mana pada saat saya menuliskan lagu ini,anak kembar kedua saya ARJUNA NADHIR meninggal dunia dan kembar pertama ARJUNA JAHRAN sedang berjuang di Hospital.Doakan anak kembar pertama saya sihat selalu dan semoga lubang pada jantungnya tertutup”…(Faizal Rhyme@PakTam)