Lagu Jejaka Idaman versi baru

JEJAKA IDAMAN 2.0 adalah taruhan pertama gadis yang anda lihat didalam gambar diatas.Dia ingin dikenali sebagai Lynnzay Affandy yang mana adalah seorang penyanyi yang sedang berusaha menempa nama sekitar Malaysia.Lagu singelnya yang bertajuk Jejaka Idaman tersebut adalah lagu yang pernah dinyanyikan oleh RAJA EMA pada tahun 1986.Tetapi kini ianya telah diberi nafas baru mengikut trend masa kini dimana kesemua lagu tersebut telah diarrange oleh Lynn sendiri.
Pada yang tak pernah dengar lagu yang dinyanyikan dalam versi terbari ini,jom tengok youtube kat sini http://www.youtube.com/watch?v=yWxUKBuJD4g&feature=relmfu
Sememangnya  lagu jejaka idaman 2.0 ini amat sesuai untuk generasi sekarang ini.Dima banyak elemen elemen muzik baru telah dimuatkan yang mana terhasilnya sesebuah lagu yang mampu membuatkan pendengar menggoyangkan badan.
Apa kata kita mengenali tuan punya lagu ini secara dekat.Berikut adalah sedikit sebanyak info mengenai diri lynnzay A…
Lynnzay A. ataupun Lynnzay Affandy adalah bekas ahli kumpulan di bawah syarikat pengurusan 
Reshmonu yang di gelar ‘Senoritas’ yang sudah berpecah beberapa bulan lepas.Lynnzay 
menyambung kerjayanya sebagai wartawan untuk surat khabar politik dan terus bergerak maju 
menghasilkan single pertamanya dan ingin memperkenalkan ‘style’ sebenar muzik nya ke mata 
Malaysia. 


Bersama kekuatan yang di perolehi Stacy Angie dan MizzNina,Lynnzay juga berkebolehan menari 
dengan bagus di samping menyanyi.Lynnzay juga menulis lagu sendiri dan  di khabarkan lagu-lagu 
seterusnya yang akan di terbitkan adalah hasil karyanya sendiri.Tetapi dengan bantuan daripada 
mereka yang lebih arif seperti DJ Fuzz dan Amylea Azizan,Lynnzay telah memulakan langkah pertama dengan memberikan idea untuk menyanyikan semula lagu ‘Jejaka Idaman’.
Di tulis asalnya oleh Fauzi Marzuki, di tambah lirik dan melodi baru oleh Amylea Azizan,penyanyi
yang sedang berjinak-jinak dalam penulisan lagu semula setelah berehat beberapa lama dalam 
bidang nyanyian.Untuk kesinambungan lirik Fauzi Marzuki,Amylea telah berjaya menghasilkan lirik 
yang sedikit puitis tetapi sesuai dengan rentak dan irama baru yang telah di hasilkan oleh Amylea 
juga.Manakala susunan muziknya pula dihasilkan oleh nama yang tidak asing lagi dalam dunia 
urban,iaitu DJ Fuzz.DJ Fuzz memasukkan elemen terbaru ke dalam susunan muzik untuk versi baru
lagu ini dan membuatkan ianya lebih sesuai untuk imej dan gaya Lynnzay A.
Lynnzay A. telah memilih Juzzthin sebagai rapper yang menyanyi di bahagian klimaks lagu ini.Juzzthin lebih di kenali sebagai salah seorang pelakon utama di dalam drama bersiri kegemaran remaja iaitu ‘Projek Pop’ yang di tayangkan di TV8 dan juga ‘Waktu Rehat’ untuk tayangan Disney Malaysia di Astro.Bersama pengalaman sebagai rapper dan penyanyi hiphop underground,Juzzthin di berikan kepercayaan untuk menulis sendiri liriknya dan ini adalah kali pertama dia rap berBahasa 
Melayu.Ternyata penyampaiannya adalah unik dan Lynnzay A. berpuas hati.

Maka dengan ini,terhasillah versi baru lagu ini yang telah di beri tajuk ‘JEJAKA IDAMAN 2.0’ 
bersama penghasilan muzik video yang bakal di riliskan juga tidak lama lagi yang di tujukan khas 
buat peminat ‘dance music’ serta ‘dubstep’.

…Profile Lynnzay A diperolehi melalui Email yang telah dihantarkan kepada OnlineFM

Baru baru ini,Lynnzay telah memberitahu bahawa single keduanya telah mula dipromosikan di corong corong radio dan media massa.Oleh itu,dikesempatan ini,kami juga ingin memberitahu kepada pembaca dimana lagu kedua ini merupakan lagu dalam bahasa orang puteh siket yang diberi tajuk ANGEL DUST.

Jom kita check it out lagu terbaru daru lynn ni..

Kedua dua lagu tersebut akan dimasukkan kedalam sistem playlist kami dan ianya akan berkumandang di radio onlinefm sekerap mungkin.Ini bertujuan untuk mempromosikan lagu tersebut kepada pendengar onlinefm di luar sana.Sekiranya ada penyampai yang bertugas,jangan segan silu untuk merequest lagu ini untuk dimainkan.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lynnzay A atas kesudian pihak anda berkongsikan lagu ini untuk tujuan promosi.Sekiranya ada rezeki & peluang,nak juta invite anda perfom kat Sabah ni.Cuma,buat masa ni,kami masih mencari peluang peluang yang ada.Sekiranya anda ada peluang datang Sabah,jangan lupa hubungi crew/editor kami untuk lepak chill bersama sama.

Kami akan cuba membantu anda untuk memainkan lagu lagu anda sekerap mungkin dan mempromosikan karya anda dilaman sosial dan laman web kami ini.