LAGU LOSE YOURSELF (EMINEM) MEMBUATKAN “THE RAKYAT” JUARA PERTANDINGAN AKUSTIK DUO

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA TAK SIAPA YANG NAMPAK…. begitulah perumpamaan yang kami boleh katakan kepada pemenang tempat pertama pada pertandingan AKUSTIK DUO yang berlangsung pada hari Sabtu lepas. Siapa sangka, kali pertama naik ke pentas pertandingan, mampu membuatkan mereka berdua ini pulang dengan wang tunai RM500 beserta sijil penghargaan.

THE RAKYAT, itulah nama kumpulan ini. Dianggotai oleh 2 orang anak muda yang cukup berbakat dan mempunyai faktor X yang hebat. Persembahan lagu pertama mereka adalah lagu melayu ciptaan mereka sendiri berkonsep rock n roll. Manakala persembahan kedua iaitu lagu ingeriss yang di popularkan oleh artis antarabangsa yang cukup terkenal dalam arena hip hop iaitu EMINEM dengan lagu Lose yourself. Amat jarang kita dengar lagu hip hop di persembahkan secara akustik. Inilah kelainan yang di tampilkan oleh kumpulan THE RAKYAT. Corak persembahan seakan akan konset mereka berdua membuatkan penonton memberi sorakan dan tepukan gemuruh.

Tempat kedua pula di menangi oleh kumpulan MAMA MIA. Mereka telah memawa pulang wang tunai RM300 beserta sijil. Kumpulan ini cuba menarik perhatian juri dengan menampilkan skill fingerstyle. teknik jari jemari yang cukup bertenaga membuatkan kumpulan ini juga mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang hadir seawal jam 7pm. Walaupun cuaca tak menantu mereka masih tetap memberikan sokongan padu kepada para peserta pertandingan.

Tempat ketiga pula jatuh kepada peserta yang dianggotai oleh adik beradik kembar iaitu Electro Summer 4. Mereka tampil dengan membawakan lagu ciptaan sendiri dan berjaya membawa pulang wang tunai RM100 beseta sijil.

Pihak penaja telah menyediakan hadiah misteri kepada kumpulan ini iaitu kumpulan TRANQUILO. Walaupun mereka tidak mendapat tempat, namun persembahan mereka telah menambat hati ketua juri, selaku penaja utama pertandingan AKUSTIK DUO ini iaitu U MOBILE.

SHANEIL DAVESER adalah juri jemputan dalam pertandingan ini. beliau juga turut membuat persembahan istimewa pada malam tersebut. Dimana beliau antara artis yang tutut menyediakan platform kepada bakat bakat baru sekitar Kota Kinabalu menerusi program “OPEN MIC” di Biru Biru cafe.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah menyertai pertandingan AKUSTIK DUO edisi ke2 ini. Juga jutaan terima kasih kepada penaja utama program ini iaitu U MOBILE. Keprihatinan anda terhadap bakat bakat seni remaja dan Belia tempatan ini harus di jadikan contoh oleh pihak lain. Dengan adanya platform sebegini rupa, ianya dapat melahirkan lebih ramai anak anak seni yang berkualiti dan mampu mengharumkan nama negeri Sabah di mana akan datang. Kita jumpa lagi di program AKUSTIK DUO edisi ke3 akan datang…

Jom saksikan persembahan daripada JUARA pertandingan ini dengan lagu mereka LOSE YOURSELF

https://www.facebook.com/yellowzub/videos/10155369886093985/

 

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial