LAGU NI DI REKOD PADA TAHUN 2016, TETAPI…


Tanggal 16 Mei lepas terlihat sebuah video telah dimuatnaik ke laman sosial media kumpulan ini. Dimana, didalam video tersebut adalah sebuah lagu terbaru daripada kumpulan yang berasal dari Keningau.Agak lama mereka hilang dari radar muzik sekitar Keningau. Pastinya mereka sibuk dengan urusan karier serta keluarga masing masing.
MENGEJAR BAYANGMU, merupakan single terbaru yang mereka kini promosikan. Sebenarnya lagu ini dirakam pada tahun 2016 di AC29 Studio.Namun atas kesibukan kesemua ahli kumpulan membuatkan ianya terbengkalai. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac lepas, maka mereka telah menyiapkan semula lagu ini. Hampir sebulan lagu ini telah di ubah susunan lagu serta melodinya.
Dengan bantuan seorang teman yang juga fans kepada kumpulan HONEST, maka lagu ini telah dijadikan video Lirik yang mana hanya mengambil masa 1 hari sahaja. Video lirik ini adalah hasil kerja Achol Nintyfour. Selain video editor, dia juga merupakan seorang pemuzik yang mempunyai sebuah kumpulan iaitu MASTERTAPE.

Sebenarnya lagu ini mendapat permintaan ramai daripada sahabat sahabat muzik tersekat untuk dijadikan muzik video. Namun disebabkan Pendemik yang melanda, mereka mengambil keputusan untuk membuat video lirik dahulu. Setelah keadaan kembali tenang, maka proses video shoot dan production muzik video akan dijalankan sekitar Keningau.Perbincangan dengan kesemua ahli kumpulan serta team production dalam memilih konsep dan jalan cerita akan dilakukan secara teratur dan tersusun.

Menurut vokalis HONEST iaitu Man, kalau diikutkan pada tahun 2020 ini banyak perancangan mereka akan dilakukan. Antaranya Mini Konsert serta beberapa buat program lain. Demi peminat peminat yang rindu akan Honest. namun semuanya tergendala. Tetapi ada hikmah disebalik kejadian ini. Dimana Video Lirik lagu MENGEJAR BAYANGMU telah dapat disiapkan dan kini boleh di saksikan melalui YOUTUBE dibawah..