LAGU PUNK VERSI IBAN DINYANYIKAN OLEH PELAJAR SEKOLAH SMK KAPIT 2

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya…inilah yang telah dilakukan oleh seorang anak seni yang bernama Mr Greg bilamana dia telah mengesan seorang bakat muda yang mampu membawakan lagu Punk dalam versi Iban. Bakat remaja ini dikesan menerusi pertandingan online yang telah disertainya. nama adik ini ialah DESMOND ENGKULAU BENEDICT. Pada asalnya,

lagu ini ditulis menggunakan bahasa melayu, namun percubaan untuk membuat kelainan telah bejaya. Ayah kepada adik DESMOND ENGKULAU BENEDICT (15tahun) telah membantu dalam menterjemahkan lkirik lagu ini kedalam bahasa Iban. Ini merupakan idea daripada Mr Greg selaku orang yang bertanggungjawab mengcungkil bakat remaja 15 tahun ini. Arrangement lagu ini juga catchy dan masih kuat bunyi Oldskool Punk. Tahniah lah kepada Gregory atas percubaan yang boleh dikatakan berjaya menambat hati para pendengar muzik. Kepada yang belum dengar, jom klik link youtube dibawah ini..