Lagu raya MODEN tak kurang hebatnya

Memang tidak dinafikan yang lagu DENDANG PERATAU, SELAMAT HARI RAYA dan macam macam lagi adalah antara tanda tanda suasana hari raya dah nak tiba dan ianya pasti meriah.Dalam masa yang sama,ramai komposer komposer serta penyanyi kita sedang mencuba sedaya upaya untuk menambahkan koleksi lagu lagu raya ini dalam minda masyarakan Malaysia terutamanya.

Begitulah yang sedang dilakukan oleh sebuah syarikat rakaman yang bernaung dibawah bendera indiependen iaitu A&R Productions dibawah kendalian seorang komposer yang mempunyai nama dalam industri muzik rock sekitar Kuala Lumpur iaitu saudara Boy Razak

Brader ini memang giat mencari bakat bakat baru dalam bidang nyanyian tidak kira penyanyi solo mahupun berkumpulan.Dia sentiasa memberi tunjuk ajar serta petua petua untuk menghasilkan material yang bagus serta sudah tentu hasil yang akan siap mencapai kehendak si penyanyi serta yang mendengarnya

Dalama masa yang sama,saudara Boy tidak lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang yang sayangkan irama melayu dan lagu lagu hari raya.Dimana dia telah menghasilkan beberapa lagu hari raya dengan kerjasama beberapa artis baru yang dia ingat sesuai untuk menyanyikan lagu ini.Antara lagu lagu hari raya yang bakal  panas di YOUTUBE adalah seperti dibawah…

http://youtu.be/sXe_TCcqDMU

http://youtu.be/fBjaKAVah7g