LAGU SEPERTI INI MEMANG JARANG KITA JUMPA, NAMUN IANYA ADA PEMINAT TERSENDIRI

ADMIN membesar dengan lagu dari kumpulan LEON, LESTARI & OLAN dan banyak lagi. Kumpulan ini memang dikenali dengan lagu cinta yang hebat sekitar lewat 80an dan awal 90an. Kehebatan mereka terletak pada lirik lagu yang sampai kehari ini boleh di hafal tanpa melihat kulit album.
Lagu terbaru NIZAM AHMAD ini
juga mampu jadi seperi itu. Melodi dan lirik lagu yang boleh di kategorikan sebagai lagu jiwang ini mampu mempunyai peminatnya tersendiri. Apatah lagi dimainkan di stesen radio tempatan secara berulang ulang. Ataupun dimainkan diwaktu sengmen yang sesuai.
Lirik lagu ini adalah hasil ciptaan PRINCE TEZAR. seorang yang berasal dari Jakarta Indonesia. Manakala susunan muzik dan lagu pula dapat sentuhan dari komposer yang sudah tidak asing lagi dari Sandakan Sabah iaitu Wan Khatulistiwa.
Tahniah kepada NIZAM AHMAD atas kemunculan anda sebagai seorang penyanyi dipersada muzik tempatan khususnya di Sabah. Semoga akan ada lagi lagu lagu bagud dan hebat seperti ini pada masa akan datang.