Lagu untuk golongan kelas pertama & kedua

Iqbal M. merupakan sebuah kumpulan muzik dari Kuala Lumpur, Malaysia yang dianggotai oleh Johan, Fei Fei, Shahrin, Shah & Iqbal. Kugiran ini cuba mengenengahkan muzik rock moden yang disuntik elemen-elemen nusantara. Genre sebenigi rupa amat jarang dipilih oleh band band baru dizaman ini.tetapi,Iqbal M ingin mencuba sesuatu yang baru.

Nama band ni memang rare dan ianya mesti mempunyai maksud tersirat.Akan tetapi,pihak kami masih menanti jawapan kepada persoalan ini.Kepada pembaca,harap anda bersabar kerana dalam masa terdekat ini,persoalan ini akan terjawab dan kami akan kongsikan kepada anda semua.

Menurut email yang mereka hantarkan kepada kami, Iqbal M. merancang untuk menerbitkan lagi sebuah EP yang kini didalam proses rakaman setelah pernah mengeluarkan EP pertamanya pada tahun 2010. Pada masa sekarang Iqbal M. sedang proses mempromosikan ‘single’ terbaru mereka yang diberi judul ‘Antara 2 Darjat’.

Lagu ini akan keudara di onlinefm dalam masa terdekat dan akan menemui ana untuk dikomen serta di jadikan koleksi setiap hari.Menurut mereka lagi, lagu “Antara 2 Darjat ni merupakan komposisi paling pop pernah diciptakan.Lagu ini, sengaja kami selitkan instrumen tiup-tiup untuk mewakili golongan kelas pertama, manakala instrumen yang lain mewakili golongan kelas kedua. Beberapa simbolik lagi telah kami terapkan dan kami mahu awak semua kaji sendiri.”.Antara penjelasan salah seorang ahli kumpulan ini.

Apa pun,anda boleh mengenali band ini secara dekat dengan melayari fan page mereka di FB iaitu https://www.facebook.com/IQBALMrasmi