Lahir Daripada Sebuah Projek Band


Lineup
Luther – Vocal
Stan – Lead guitar
Gindik – 2nd guitar
Kado – Bass

Pada awal tahun 2012, Stan dan Gindik memulakan sebuah band projek. Dimana band ini kemudiannya bertukar kepada sebuah band melodic-post-hardcore yang dikenali sebagai Dita Darcia. Mereka mencampurkan konsep muzik post-hardcore dengan sedikit pengaruh progressive metal untuk menghasilkan satu bunyi yang tersendiri dalam band.



Menjelang pertengahan tahun 2012, mereka mula menghasilkan satu bentuk material baru yang pertama. Dimana ianya adalah 1ST EP yang mengandungi 5 buah lagu kesemuanya. Namun ianya masih dalam proses rakaman dibawah Yazid Othman of The Pandemonium yang merupakan seorang producer Prime Focus Studio dan pemuzik muda yang bijak.



Baru-baru ini Dita Darcia merupakan antara band yang membuat persembahan dalam event Shockwave Entertainment Birthday Bash. Selain itu mereka juga telah mendapat undangan bermain di event sebelum ini. Antara event tersebut ialah Noise Sounds From Garage Part IV, Papar (Sabah), Borneo Attacks, Miri (Sarawak) dan lain-lain lagi.

Perkembangan sekarang ialah mereka bakal rilis EP yang pertama. Dimana EP ini masih dalam proses rakaman di Prime Focus Studio. Kepada semua peminat sama-samalah kita menantikan kemunculan EP pertama ini pada bulan September atau Oktober 2013 nanti.

Perancangan mereka dimasa hadapan pula dimana selepas EP ini dikeluarkan beberapa buah material akan dihasilkan. Antaranya ialah menghasilkan baju dan menerbitkan sebuah video klip dari salah sebuah lagu EP tersebut. Mereka juga berharap dapat membuka lembaran muzik yang baru dan bertenaga dalam scene hardcore/metal.

Untuk makluman semua peminat khasnya yang bermain alat muzik drum. Anda berpeluang untuk mengisi kekosongan sebagai pemain drum bagi kumpulan ini. Untuk keterangan lanjut anda boleh terus ke bandpage Dita Darcia.

Bagi mereka yang belum menyertai bandpage Dita Darcia di facebook, anda boleh klik like pada link ini iaitu http://www.facebook.com/ditadarciaKKHC. Mereka juga sedang menanti undangan untuk mana-mana event dari pihak pengajur dimasa hadapan. Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi mereka di:

Phone +6 016 588 9634 (Dita)