Lebih sinonim dengan gelaran BAND ORANG KAHWIN
Yang mana makna Treast sendiri adalah 3,iaitu melambangkan tiga orang adik beradik yang mula-mula sekali menubuhkan kumpulan band ini.
Tidak lama kemudian,anggota kumpulan ini bertambah daripada 3 orang kepada 8 orang.Kelapan-lapan orang anggota kumpulan Tr3ast berkongsi hoby yang sama.Hobi mereka ini kemudia semakin mendapat perhatian masyarakat apabila sering di jemput bermain muzik dalam majlis-majlis perkawinan di kampung – kampung dan di daerah sekitar mereka tinggal,seperti,Semporna,Tawau,Kunak,dan kepulauan daerah Semporna, Sabah.
Band ini juga bukan hanya di panggil d majlis-majlis kawin,namun mereka juga selalu membuat persembahan di majlis rasmi di daerah tersebut.Kadangkala mereka juga membuat persembahan di resort-resort dan tempat peranginan di daerah mereka sepeti Mabul island,Sipadan island,Tampi-tampi resort, dan banyak lagi.
Sehingga kini Kumpulan Tr3ast masih mengekalkan anggota dan line up yang sama tanpa ada pengeluaran dan penambahan.Namun pengikut-pengikut dan penyokong yang semakin bertambah,sehinggakan kumpulan ini kepadatan job dalam berbagai acara dan majlis-majlis.Kerana dengan bakat yang mereka ada,akhirnya kumpulan ini telah pun mempunyai seorang pengurus.Yang mana beliau adalah juga seorang yang sangat-sangat meminati muzik,khususnya band.
Walaupun kumpulan ini,hanya di kenali sebagai band kawin,namun mereka tak kalah hebatnya dengan band-band yang yang ada d luar sana.Kesungguhan mereka bermain muzik yang di awali hanya dari minat dan hobi saja,Tapi semangat mereka untuk belajar dan terus belajar tak pernah pudar.Mereka tetap berusaha untuk mencapai tujuan dan matlamat mereka dalam bermain muzik dan menjadi seorang penghibur.
Pengisian di acara-acara majlis kawin,merupakan rutin harian mereka.Majlis kawin adalah merupakan studio dan tempat latihan untuk menyatukan mereka sesama anggota.Walaupun dengan kesibukan dan berbagai pekerjaan dari masing -masing anggota,namun mereka tetap berusaha meluangkan masa untuk kumpulan mereka.
- Johan Battle Off The Band tahun 2007 di daerah Samporna Anjuran MARA
- Johan Battle Off The Band di Sabindo Tawau & Anugrah Guitaris & Drummer terbaik
- Naib Johan Battle Off The Band Tahun 2013 di Za Za Zu Pub Tawau
- Johan Battle Off The Band dan Anugerah Guitaris dan Drummer terbaik,Sempena Karnival SME,anjuran K.O.P.1.K.S di Sabah Trade Centre,,Likas SABAH.
- Donz ,,Vocalist
- Hani ,,Vocalist
- Meme ,,Guitarist
- Budi ,,Lead guitarist —->Ketua
- Arsid ,,Bassist
- Lan ,,Drummer
- Nc,,Keyboardist
- Arkan,,Emcee
Moq Karisma adalah pengurus dari Kumpulan Treast .Kemenangan mereka dalam Battle Off The Band pada 29 dan 30 june 2013 lalu,sempena Karnival,SME,,anjuran K.O.P.1.K.S di Sabah Trade Centre , Likas,S ABAH, membuatkan mereka semakin di kenali ramai orang terutamanya pemuzik pemuzik sabah.