Lembaga aneh di Manjoi, Perak.

Sahra Band adalah sebuah kumpulan yang berasal dari Manjoi Ipoh, Perak.Band ini dianggotai oleh 4 orang belia dari Manjoi iaitu Am, Ayie,Zam & T’aa.

Kumpulan Sahra adalah sebuah band yang berasal daripada Manjoi Ipoh,Perak.Dianggotai oleh 4 orang anak muda yang berbakat besar dalam bidang muzik.Mereka adalah Am sekalu Vokal, Ayie pulak bermain Gitar Utama, Zam pulak sebagai pemain Bass, dan Ta’a selaku pemain Drummer.

Kumpulan ini ditubuhkan pada awal 2013 dan masih lagi baru dalam scene muzik terutamanya di Ipoh.Mereka memilih untuk bermain muzik bergenre metal dan hard rock.Ini kerana adalah muzik tersebut adalah muzik yang mereka berempat minati daripada sejak kecil lagi.Mungkin kerana terpengaruh dan minat dengan kumpulan-kumpulan muzik seperti metallica,slayer,loudness,megadeth dan lain-lain lagi.

Band ini telah menyiapkan lagu baru yang PENUNGGU MALAM.Lagu ini adlah sebuah lagu hasil ciptaan mereka sendiri yang dibuat berdasarkan kisah benar.Kisahnya mengenai sebuah jambatan berpenunggu di kampung mereka sendiri.kalau nak dengar lagu tersebut,boleh kunjungi laman profil facebook mereka iaitu https://www.facebook.com/Sahra86 .

Selain itu,mereka juga akan merakamkan lagi beberapa buah lagu single.Antaranya Langkah Pejuang,Wira Sakti,Bangun,dan Pencarian.Buat masa terdekat ini,mereka sedang giat mencari peluang untuk membuat persembahan di Gig sekitar Ipoh,Perak.

Alhamdulillah, pada hujung bulan ini,nama band mereka telah tersenarai dalam flyers Ipoh Music Festival.Bukan Sahra band sahaja,lebih 10 buah kumpulan akan menghangatkan suasana gigs tersebut.Diharap ini adalah satu suntikan semangat untuk Sahra band lebih aktif dan menghasilkan lagu lagu ciptaan mereka sendiri.

Walaubagaimanapun,lagu Penunggu Malam akan berkumandang di OnlineFM pada masa yang terdekat ini.Diharap kami dapat membantu kumpulan Sahra ini lebih dikenali melalui ruang maya