Life is short, Time is gold, Respect other people…itulah slogan mereka

Hari pertama dalam bulan Julai,pihak onlinefm telah menerima 3 buah lagu baru daripada sebuah lagi kumpulan baru yang kini giat aktif sekitar Kota Kinabalu.Band yang dimaksudkan adalah LifeTime Respect.Band ini dianggotai oleh anak muda yang berbakat besar dalam muzik.DAn salah seorang dari ahli kumpulan ini adalah wanita berbutuh kecil tapi mempunyai bakat yang luar biasa.Selain suara yang boleh memukau penonton,dia juga pandai mencipta lagu serta lirik.Ini terbukti dari kawan kawan sekelilingnya yang sentiasa memberi dorongan kepana gadis kecil ini.Kalau nak tahu,siapa namanya,korang LIKE la page mereka iaitu https://www.facebook.com/LIFETIME.RESPECT

LifeTime Respect telah berkongsikan 3 buah demo yang mana akan dimasukkan didalam playlist onlinefm dan sekiranya ada DJ yang bertugas,korang boleh merequest lagu mereka.Antara lagu lagu yang telah dikongsikan adalah Spaceship Versus FriendshipDear My Friend & Past Year.


Setelah mendengar lagu lagu ini,ternyata lirik dan muzik arrangement mereka memang sesuai dengan jiwa mereka yang kearah muda mudi.Almaklumlah,golongan belia & beliawanis.Apapun,kami di pihak OnlineFM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada LifeTime Respect kerana sudi berkongsikan lagu mereka dan sekaligus membenarkan lagu lagu ini dikeudarakan di radio internet onlinefm.Semoga band ini akan terus berkarya,benari menghasilkan lagu lagu terbaik dan sentiasa bersemangat untuk memperjuangankan muzik yang mereka ceburi.