M. Shadow datang KL
Siapa tak kenal dengan Avenged Sevenfold yang mana boleh dikatakan band ini menjadi idola kepada band band yang ada kat Malaysia ni.Lagu agu seperti Dear God, Afterlife, Seize the day dan banyak lagi lagu lagu ciptaan mereka menjadi lagu cover pada band band sekitar Malaysia bila mengadakan jamming atau gigs.
Dipendekkan cerita, pihak OnlineFM tidak ingin melepaskan peluang untuk turut sama membantu mempromosikan terhadap konsert mereka ini dimana Avenged Sevenfold akan mengadakan konsert di Kuala Lumput pada tanggal 29 April akan datang.Sudah pasti ramai yang telah mengetahui akan konsert ini melalui Facebook mahupun twitter.Pada yang belum tahu,atau nak tahu mengenai konsert ini,korang boleh lihat disini
Sekiranya anda seorang peminat kepada band ini,jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan mereka diatas pentas yang mana sudah pasti menjanjikan suatu persembahan yang hebat di tahun 2012 ini.Sila dapatkan tiket di saluran yang telah disediakan dan pada yang telah mendapatkannya,pesanankepada anda,jangan lupa bawa kamera anda untuk mengambil gambar kenangan semasa konsert itu berlangsung.Juga jaga keselamatan anda terutamanya pada wanita wanita di luar sana.Pada yang ingin mengenali band ini secara dekat,korang boleh lihat kat sini
p/s
kalau sudi,harap korang dapat share gambar gambar tersebut di Fan Page kami