MADE IN MALAYSIA

                 

                   

Rocasia (Rock Acuan Malaysia) ditubuhkan pada sekitar November 2012. Berasal dari papar, band ini mempelopori muzik yang berasaskan konsep irama Rock / Slow Rock / Rock N Roll / Hard Rock. Mereka menjadikan Meriah Studio di Pengalat Besar, Papar sebagai tempat untuk berkumpul dan Praktis bersama.


Rocasia dianggotai oleh 5 jejaka yang tampan dan kacak. Mereka ialah Amy Pengalat (Vokalist),
Amy Domo (Gitarist), Mady Lsc (Gitarist), Zaidy Jd (Bassist) dan Putra Hafiez (Drummer). Dimana kombinasi mantap kelima-lima mereka ini telah berjaya menghasilkan satu bentuk muzik yang menarik dan diminati ramai peminat muzik tempatan.
Rocasia menyertai Kelab Artis 1 Malaysia Sabah(KA1MS) pada tahun 2013. Mereka adalah antara beberapa artis tempatan yang berdaftar dan bernaung di bawah KA1MS. Dimana penubuhan kelab itu adalah untuk membantu artis-artis tempatan menaikkan nama muzik tempatan dalam industri muzik negara.



Rocasia sering mendapat undangan untuk membuat beberapa persembahan di merata-rata tempat dalam beberapa event. Antaranya ialah Akustik Tanjung Aru, Pelancaran Ka1ms, Konsert Ka1ms Bersama Pemimpin Sabahan dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka juga turut menghiburkan peminat mereka di sekitar Pengalat Besar, Papar.


Setakat ini mereka sudah mengeluarkan single pertama yang berjudul “Tiada Kata”. Dimana single ini telah diputarkan di beberapa Stesen Radio Frekuensi Sabah. Antaranya Seperti KK FM, Tawau FM, Keningau FM, Sandakan FM dan Sabah FM.


Selain itu juga, single mereka turut dimainkan di Stesen Radio Online tempatan. Antaranya ialah Onlinefm, Stayfm dan lain-lain lagi. Manakala Pembikinan Video klip bagi single ini juga telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu untuk ditayangan di stesen televisyen iaitu Tvi dan RTM.
Mereka juga akan mengeluarkan single yang kedua tidak lama lagi dalam bulan jun. Dimana single itu berjudul “Mencari Bayangmu”. Selain turut sibuk dalam beberapa projek rakaman lagu dimasa akan datang dengan kerjasama beberapa syarikat produksi tempatan.
Bagi yang ingin mengikuti perkembangan mereka dengan lebih lanjut anda boleh email ke:
Ø  Meriah Studio (Meetunclebob@Gmail.Com)
Ø  ROCASIA 
atau
Ø  Contac Person – Putra (016-818-2688)