Alhamdulillah selesai sudah acara tahunan memperingati seniman agun tanahair kita iaitu Tan Sri P. Ramlee. Tak sangka, Acara belum bermula, hampir kesemua meja telah penuh oleh pengunjung yang ingin menyaksikan program santai ini. kelihatan para pelayan restoran juga kelihatan amat sibuk kesana kemari mengambil pesanan makanan dari pelanggan mereka.
Jutaan terima kasih kepada penaja lokasi iaitu LITTLE MELAKA terutamanya Mr Munish. Sokongan beliau terhadap program santai ini memang haris dijadikan contoh kepada [emilik pemilik cafe/restorang yang ada di sekitar kota Kinabalu. Dengan adanya lokasi sebegini, penganjuran acara santai seperti akustika dapat membuka sedikit ruang kepada anak anak seni tempatan tampil dan memperlihatkan bakat mereka kepada orang ramai.
The U.K.E ft Atan@BJ
Juga di ucapkan jutaan terima kasih kepada 4 buah kumpulan yang membuat persembahan pada malam tersebut. Mereka adalah..
AKUSTIK FRIENDS (kk)
PICUMELODI (kota belud)
THE U.K.E (keningau)
AMORE (kk)
Bukan itu sahaja, penampilan pelawak pelawak baru dalan seni lawak juga tidak kurang hebatnya. Bukan senang nak ketawakan orang dengan ayat atau cerita yang di persembahkan. Titambah lagi dengan keberanian seseorang pelawak itu sendiri tampil di khalayak ramai juga bukan perkara yang mudah. Seorang yang tidak dikenali, bercerita di hadapan ratusan orang awam. Silap haribulan, boleh menangis menahan malu. Inilah kelebihan mereka yang berjinak jinak dalam scene lawak. Yang mana kumpulan SUB-G telah menampilkan beberapa orang pelawak tempatan sekitar KK.
SUB-G (Mad Sabah, Izzmel, Arin, Ucupkun & Yuya)
Selepas ini, kami akan berehat sebentar sempena menanti ketibaan bulan yang penuh 1000 kelebihannya iaitu bulan Puasa Al-Mubarak. Insyallah sebelum sahaja selesainya bulan Syawal, kami akan tampil dengan program AKUSTIKA RAYA 2017. Yang mana kami sediakan 5 slot persembahan akustik. kepada mana mana band/pemuzik yang ingin turut serta dalam program ini, sila hubungi kami menerusi laman page kami di FB ONLINEFM. Atau boleh juga whasapp hotline kami 014-3714515