MALAM PUISI AIDILFITRI MEMBUAHKAN HASIL
Malam puisi Aidilfitri baru juga berlangsung beberapa hari yang lepas. DImana ini merupakan program berbentuk “riadah minda”. DImana, pada masa tersebut, beberapa pembaca puisi telah meluahkan dan melontarkan suara mereka yang penuh emosi dan tersirat.
PUISI, bukan semudah menghafal sifir 2 atau 5. Ianya adalah ayat ayat yang penuh maksud yang tersembunyi. Dan, hanya mampu di fahami oleh mereka mereka yang mempunyai jiwa seni sastera secara asasnya.
Senarai diatas merupakan pembaca pembaca puisi pada malam tersebut. Mungkin ada yang terkejut dan tak pernah lihat mereka kan. Tapi, itu bukan persoalannya. Yang pasti, acara malam tersebut memang santai dan di penuhi oleh pencinta seni sastera yang di panggil ” PUISI”.
Beberapa respon di lihat dari fb pembaca pembaca puisi ini amat memberangsangkan. Dimana, mereka tidak puas dengan puisi puisi yang di deklamasikan oleh 6 orang ini. Penonton ingin program ini di teruskan dan di perbanyakaan agar kesenian sastera melayu dulu kala ini dapat menarik lebih ramai lagi sang pencinta puisi.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu STRUM CENTRAL yang berada di bawah naungan Mr Jonathan Tse .Seorang penyanyi tempatan yang popular dengan lagu “MACAM MACAM” .