MARJINAL DI CENTER POINT, KK

Mulanya memang kurang yakin dengan status yang terlihat di facebook kemarin. Bila mana sebuah event tahunan di kota kinabalu bakal membawa band punk dari Kota jakarta ini iaitu MARJINAL sebagai tetamu khas mereka. Ini pastinya mengembirakan dan peminat mereka sekitar Malaysia juga pasti menanti ketibaan band yang memiliki satu juta lebih pengikut di laman sosial media mereka ini.

OnlineFM cuba menghubungi salah seorang wakil penganjur yang mengendalikan slot persembahan pentas iaitu Mr Chester  (BORNEO MUSIC TECHNOLOGI )   akan info ini. Dan beliau sendiri mengesahkan bahawa MARJINAL akan datang ke KK untuk memeriahkan lagi SABAH TATTOO EXPO yang akan berlangsung pada bulan November akan datang. Acara ini bakal berlangsung di ruang legar pusat membeli belah terkemuka di kota kinabalu iaitu CENTER POINT.

Selain Marjinal, ramai lagi band band lokal akan turut serta membuat persembahan selama 2 hari tersebut. Antaranya

Scarlet Heroes -Kuala Lumpur
Zirconia – Penampang
Boil -Papar
Secret Signal – Brunei Darullsalam
Me Gusta – KK
Departure – Keningau
Spinning Toxic -Penampang
Goodbye Darling – KK

Walaubagaimanapun, pihak penganjur akan mengumumkan info selanjutnya dalam masa terdekat. Buat masa ini, mereka sedang berurusan dengan pihak pihak tertentu bagi memastikan apa yang di rancang akan berjalan dengan lancar. Sama sama kita nantikan akan kemunculan band punk dari Indonesia ini datang ke Kota kinabalu pada bulan November nanti.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial