MEASMATA KUTUK PENINDASAN, SALAH GUNA KUASA, PENCEMARAN ALAM MELALUI LAGU

Memaparkan ketidakpuasan hati terhadap penindasan, salah guna kuasa, pencemaran dan tragedi-tragedi yang menimpa dunia semasa. 
Measmata yang bertapak di Kota Kinabalu merupakan penggerak melodi hardcore disaluti kekencangan metalcore. 
Mereka baru saja mengeluarkan EP yang mengandungi empat track.

MEASMATA

Baru-baru ini editor kami sempat bersembang dengan salah satu lineup band  mengenai EP dan band ini secara keseluruhannya. Ikuti berbualan mereka.

Berapa lama untuk hasilkan EP?

Bulan May 2014 kami sudah start melakar lagu, siap sepenuhnya recording pada bulan november. Proses mastering dan mixing siap pada April 2016. So secara total ia mengambil masa lebih kurang 11 bulan untuk disiapkan.

Berapa track dalam EP?

Ada empat track kesemuanya. Track 1 Devourer, track 2 Root Of Destruction, Track 3 Through The Sky Dust, track 4 A Trone On Every Trail.

Siapa yang menulis lirik dan compose lagu?

Lirik kebanyakannya ditulis oleh Cris dan sedikit pandangan dan bantuan dari band member yang lain. Compose secara keseluruhannya melibatkan Measmata.

Lirik. Apa yang Measmata cuba sampaikan?

Lirik ditulis berkaitan dengan isu semasa. Penindasan, salahguna kuasa, pencemaran dan kerosakan dunia sekarang.

Dari mana datangnya perkataan Measmata?

Nama Measmata datangnya dari idea permainan video game dan ianya melibatkan imaginasi tentang sesuatu tempat yang terpencil dan tenang, tetapi berpenghuni binatang yang menyeramkan dan tempat itu mempunyai khazanah ubatan tradisional.

Boleh share sedikit berkaitan lineup semasa Measmata?

Kie – Vocals, Cristo – Guitar / Vocals, Jack – Guitar, Gaban – Bass, Wan – Drums

Mungkin sudah biasa dengar berkaitan cabaran dalam scene, terutamanya di Kota Kinabalu? Bagi sedikit pendapat dan pandangan.

Cabaran dalam scene yang paling ketara adalah kurangnya badan/movement atau persatuan atau badan perseorangan yang berani melabur dalam industri musik Sabah agar band-band kita dapat diketengahkan dalam events yang lebih besar. Band-band kita kurang pendedahan dalam arena yang lebih besar kerana kekurangan events yang berlangsung di sekitar kita. Mentality ambil mudah dalam musik sesetengah pengiat karya musik boleh menjurus kepada kurangnya komitmen dalam band, ia menjadi titik tolak sesebuah band itu akan berpecah dan lenyap.

Band lokal kurang mendapat peluang. Apa pandangan Measmata?

Kurang mendapat peluang itu sebenarnya kurang tepat, dalam industri mainstream dan universal mungkin ya. Tapi dalam scene independent dan individualiti banyak juga kejayaan beberapa band sehingga mampu membuat tour di luar, press album atau bernaung di label luar negara. Cumanya kurang expose di media mainstream. 
Tapi untuk berdaya saing itu memang kurang kerana scene kita sendiri kekurangan sumber dan saluran untuk ketengahkan bakat band-band lokal. Syukur ada juga Onlinefm dan beberapa movement menyokong seni tempatan kita yang mana terbukti dengan menyediakan ruang kepada penggiat seni tempatan untuk menunjukkan hasil karya dan melepaskan bakat. 
Diharapkan Online boleh pergi lebih jauh dan luas dalam menganjurkan music fest dengan skala yang lebih besar dimana mampu membawa sesebuah band dari serata asia mahupun antarabangsa yang mungkin secara tidak langsung menarik media luar untuk bersama-sama membuat liputan tentang scene kita dalam pada masa yang sama juga boleh boleh mempromosi band lokal dan Onlinefm itu sendiri.

Genre Measmata?

Measmata dalam paksi utamanya adalah hardcore/metalcore. Kami menitikberatkan sound yang berat dalam drop tune gitar, beat yang tidak seberapa lagu tetapi bertenaga, adunan modern sound sememangnya kami focuskan dengan melody yang dikekalkan, vokal growl, mid scream dan sedikit clean vocal. Maka itulah identiti Measmata.

So, adakah measmata mampu bertahan dalam scene?

Measmata akan bertahan dalam scene walau apa bentuk sekalipun, mahupun line up itu mungkin akan ada pertukaran kerana itu adalah cabaran utama dalam band. Mudah-mudahan.

What next for Measmata?

Measamata dalam perancangan untuk comeback single hujung tahun ni atau awal tahun depan, Measamata juga akan focus dengan rilis lagu baru akan datang. Semoga Measmata diberikan peluang dan rezeki untuk mengisi pentas gig, pentas Onlinefm mahupun pentas yang lebih besar. Mudah-mudahan lebih dikenali  agar terus mewarnai scene music kita.

Last words?

Akhir sekali, Terima kasih Editor dan Onlinefm kerana peluang-peluang sebegini yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan platform untuk kami berkarya.
-end-

Band yang ditubuhkan pada April 2015 ini merupakan idea asal gitaris mereka Jack dan Cristo. Line up mereka juga datang daripada beberapa buah band dan bergabung dalam Measmata.

Maka demikianlah sedikit info menarik dan cerita Measmata setakat ini. Jangan lupa menyokong mereka dengan mendapatkan EP Measmata. Info lebih lanjut boleh didapati di laman sosial mereka.


Facebook.com/measamataband

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial