MEASMATA RILIS MUZIK VIDEO 9-11

MEASMATA (KK METALCORE)

MEASMATA yang sememangnya sudah tidak asing lagi dalam arena metalcore sekitar Kota Kinabalu. Sebuah band yang tidak pernah menghampakan para peminat serta pengemar muzik metal ini baru sahaja selesai proses pengambaran muzik video 9/11 yang bakal keluar tidak lama lagi.

Proses pengambaran ini dilakukan di BlackBox Suria sabah sekitar jam 11pagi sehingga petang. Dimana DWEN selaku orang yang bertanggungjawab dalam penghasilan muzik video ini. Serta beberapa orang krew yang juga bertungkus lumus sekitar 3-5 jam cuba menghabiskan dilokasi pengambaran tersebut.

Pada muzik vedio kali ini, MEASMATA menampilkan vokalis kumpulan OVTFALL selaku vokalis jemputan dalam penghasilan muzik video ini. Memerusi komen di sosial media mereka, ternyata ramai yang udah tidak sabar untuk melihat muzik video ini. Namun ianya kini dalam proses editing dan akan mengambil sedikit masa.

Yang pasti, teruskan menyokong gerakan, aktiviti serta apa sahaja yang melibatkan pemuzik pemuzik di tempat kita. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan momentum serta arena muzik bawahtanah ini pasti akan berkembang sedikit demi sedikit dengan usaha sendiri.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial