MejaSeven dari KL
KASIH adalah lagu single pertama yang mereka pertaruhkan didalam dunia seni ini.Sememangnya lagu tersebut memang best dan sesuai pada masa kini.Kalau diamati setiap lirik liriknya,ianya menceritakan tentang perasaan cinta seseorang kepada seseorang.Ditambah lagi dengan alunan suara penyanyi wanita iaitu BIARA yang juga merupakan pencipta lagu ini.
MejaSeven adalah sebuah kumpulan muzik yang baru sahaja ditubuhkan sekitar tahun 2010 yang mana dianggotai oleh 4 orang iaitu dari kiri Noi,selaku pemain bass, BIARA selaku vokalis,AMIR selsku pemain keybord dan juga 2nd vokal serta Shahrin selaku pemain drum.
4 kombinasi ini telah melahirkan sebuag muzik pop yang menjadi trend masa kini iaitu KASIH.Dimana single ini telah mula dimainkan di corong corong radio frekunesi mahupun radio internet.Oleh kerana itu,pihak kami juga tidak ingin ketinggalan untuk membantu band ini untuk memainkan lagu mereka di OnlineFM sebagai tanda support kami terhadap karya band band Indie tempatan Malaysia ini.
Dalam masa terdekat ini,lagu KASIH ini akan berada didalam playlist kami dan ianya akan berkumandang setiap masa selama beberapa bulan.Lagipun,lagu ini telah dimasukkan dalam playlist bulan November (sila lihat website disebelah bawah sekali) Pada yang belum mendengarkan lagi lagu ini,anad boleh lihat YOUTUBE dibawah ini dan bleh sing along sama sama.