Memang betul betul SANTAI lah.

Alhamdulillah dah slesai program anjuran Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Sabah baru baru ini yang mana berlangsung di tengah tengah ibu kota Bandar kota Kinabalu iaitu BB Cafe selaku penaja lokasi program ini.
Sambutan yang diterima memang menggalakkan birapun di tengah tengah acara berlangsung,hujaun turun dengan lebatnya.namun itu tidak menjadi penghalan bagi pemuzik membuat persembahan serta pemnonton berganjak dari lokasi.Dan kurag dari 30min,hujan mula reda dan kembali tenang seperti sedia kala.
Rata rata yang hadir terdiri dari kalangan belia yang memang minat dengan muzik dan semestinya penyokong kuat OnlineFM.Mana tidaknya,ada yang menanyakan bila lagi program ni akan di anjurkan.Insyallah,penganjur utama iaitu pihak JBS sedang meneliti permintaan belia belia pemuzik ini untuk di realisasikan mengikut keadaan dan permintaan ramai
Apa pun,kami dari pihak OnlineFM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan atas kepercayaan yang telah diberikan sebagai penganjur bersama dalam program sebegini rupa dan alhamdulillah ini terbukti dimana selalng 2 hari dari program ini berlangsung,akan ada lagi satu program yang mana OnlineFM juga akan menjadi tenaga penggerak terhadap program tersebut yang mana ianya akan diadakan di Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Sabah itu sendiri iaitu di Putatan,Sabah.
Dari itu,kita akan menyaksikan beberapa lagi buah band indiependent akan membuat persembahan santai dan akan cuba menghiburkan pengunjung yang hadir di malam tersebut.untuk mengetahui maklumat lanjut,anda boleh klik SAMBUTAN SEMPENA PELANCARAN HARI BELIA NEGARA 2012 (SABAH)