MENCARI JAMMING STUDIO UNTUK SESI UJIBAKAT PENTAS SOLO EDISI KE2


Atas perintaan ibubapa serta para guru tahun lepas, pada tahun ini kami bercadang untuk pergi ke beberapa daerah untuk mencari wakil. Justeru itu, sekiranya ada pihak yang sudi bekerjasama dalam menjayakan program bermanfaat ini, bolehlah berhubung dengan wakil kami di talian yang tertera di dalam flyers diatas.
Cadangan ujibakat ini adalah sekitar bulan Ogos dan September. Manakala peringkat akhir akan diadakan di Kota Kinabalu sebelum cuti sekolah hujung tahun iaitu awal bulan Oktober.
Kami bercadang untuk membuka penyertaan kepada peserta yang berumur 12 tahun kebawah. DImana akan sediakan satu kategori khas buat peringkat umur tersebut. Namun ianya masih di peringkat perbincangan. Kami berharap usaha ini dapat sokongan dari anda semua khususnya ibubapa serta guru yang prihatin akan bakat yang dimiliki oleh anak anak muda seawal usia 6 tahun hinggalah 21 tahun ini.