MENJADIKAN BAND SIL KHANNAZ SEBAGAI IDOLA MEREKA

Band ini berasal dari Bongawan, Sabah. Ditubuhkan pada tahun 2001, dimana kumpulan ini memulakan perjalanan mereka dengan nama Dyehannarr(2003) sebelum ditukar kepada Hazazel Maut (2004). Namun selepas itu, nama band ini kemudiannya bertukar kepada Harlotnymph.


Pada awal penubuhan, kebanyakan dari anggota band ini masih lagi bersekolah. Namun idea penubuhan band ini bermula apabila mereka meminati lagu-lagu dari band Sil Khannaz. Dimana Jamal adalah orang yang mengemukakan cadangan untuk menubuhkan band ini bersama dengan Shari dan hasnil.


Harlotnymph pada mulanya dianggotai oleh Jamal (Drum / Bass & Vocal), Syax (Guitar), Nill (Guitar), Paul (Bass) & Gayour (Sessionist Drum) semasa awal penubuhannya. Setelah itu berlaku beberapa perubahan dari segi lineup iaitu Joe (Vocal) 2005-2010 & Mayoui (Vocal) 2001-2004. Selepas itu, band ini memulakan langkah dengan wajah kombinasi lineup baru Jamal (Drummer) Shahri (Guitar) Shahiful (Basssist) Hasnil (Guitar & Vokal).


Band ini membawa konsep muzik yang berasaskan kepada Melodic Death Metal/Power Metal. Dimana mereka telah menyebut Children Of Bodom, Sil Khannaz, Pantera, Slayer, Kreator, Lamb Of God, Oldbridge, Rotting Christ, In Flames, Behemoth, Cradle Of Filth, Emperor, Manggas, Dark Nirrajim sebagai sebahagian daripada pengaruh muzik band ini. Antara gigs yang pernah diikuti ialah Bongawan Lemagor (2007, 2008 & 2009), Suara Anak Borneo (2009), Blasting Beast (2011) dan Trashing Beast (2013).


Setakat ini, Harlotnymph sudah menghasilkan 2 buah EP. Dimana EP yang pertama berjudul
Black Crown (2009)yang mengandungi 6 buah lagu iaitu Darah Terror, Hypocreate, Metal War, Ilusi Nymph, Warrior Of Life dan Black Crown. Manakala EP yang kedua berjudul Dear My Lord (2012) yang mengandungi beberapa lagu baru dan yang sudah dikeluarkan iaitu Dear My Lord, Scattered In Hell, Captain Of War, Metal War (Rerelease), Darah Terror (Rerelease) dan Sword Comeback.


Perjalanan band ini sekarang ialah mereka sedang dalam perancangan untuk menghasilkan EP yang ketiga. Dimana terdapat 8 buah lagu yang akan dimuatkan. EP ini di jangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini ataupun tahun depan yang dikeluarkan oleh Deathmutt Records Label.
Mereka boleh di hubungi di melalui http://www.myspace.com/harlotnymph dan

https://www.facebook.com/pages/HARLOTNYMPH/110904915610101. Sekaligus anda boleh klik like sebagai tanda sokongan kepada band ini. Ataupun anda juga boleh menghubungi Jamal (0146540779), Hasnil (0193506187) dan Shahri (0198521440) untuk sebarang tempahan membuat persembahan.