Mereka adalah “Game Geek”

Dahulunya band ini dikenali dengan nama Hubbub dan beberapa nama lain. Namun kini mereka dikenali dengan nama Bring Back The Arcade. Begitu juga dengan konsep dan pengaruh muzik yang mereka bawa.

Nama BBTA ini muncul selepas video klip yang bertajuk Pebble By The Street mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminat muzik indie tempatan. Dalam pada masa yang sama, BBTA bandpage turut dilancarkan. Ini memudahkan peminat untuk mengenali band ini dengan lebih dekat.

Menggelarkan diri mereka sebagai ‘game geek’ yang suka bermain muzik, BBTA dianggotai oleh 5 anak muda tempatan. Mereka ialah Angel (Vokal), Syuk dan Wann (Gitar), Mitch (Bass) dan Awang (Drum).

Mereka bermula bermain muzik pada tahun pertama pengajian di salah sebuah kolej di Sabah. Dimana kesemua lineup belajar dalam satu kolej yang sama. Ini memudahkan lagi mereka untuk berkumpul dan berlatih bersama.

Setakat ini mereka sudah mengeluarkan sebuah single yang bertajuk Mrs. & Mr. K. Dimana single ini mengandungi video klip pertama mereka yang bertajuk Peeble by the Street. Untuk pengetahuan semua, single mereka ini pernah masuk carta Borneo English Chart Show Hitz.fm selama beberapa minggu.

Berikut adalah karya yang sudah dihasilkan oleh Bring Back The Arcade:

  • Mr & Mrs K 
  • Pebble By The Street 
  • You Fool
  • Miss Me Dear
  • Let Me Go

Dalam kalender 2013 ini, BBTA bercadang untuk mengeluarkan EP tidak lama lagi. Walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing mereka juga pernah membuat persembahan pada December 2012 pada Christmas event di Centre Point Kota Kinabalu, Sabah. Selain berkolabrasi bersama band-band tempatan sabah seperti Donatello dan lain-lain lagi.

Bagi yang ingin mengenali band ini anda boleh layari laman sesawang facebook bandpage BBTA dan  klik like untuk mendengar lagu mereka disitu. Selain website iaitu bringbackthearcade@gmail.com & http://www.myspace.com/bringbackthearcade. Bagi yang ingin menempah untuk membuat persembahan anda juga boleh menghubungi Mitch (0128227683) atau Awang (0168805708).

Sokongan anda terhadap band-band indie tempatan amatlah dihargai. Ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berjuang dalam industri muzik tempatan khususnya di Sabah Negeri Dibawah Bayu. Semoga berjaya diucapkan kepada BBTA di masa hadapan. Always Suksses!!!