MEREKA BAKAL KE JEPUN

YAMAHA BANDA MENTOR 2016 sudah pun masuk ke peringkat semi final. Dimana ada 8 buah kumpulan bakal berentap. Dalam 8 buah kumpulan tersebut terdapat 4 buah kumpulan mewakili negeri di bawah bayu. bak kata pepatah orang lama, tuah ayam nampa di kaki, tuah kita siapa yang tahu.

Percubaan menyertai pertandingan YAMAHA BAND MENTOR  untuk tahun ini hanya suka suka. Dimana, kebanyakkan mereka ingin mencuba dengan harapan bakat mereka di lihat oleh mereka yang arif menilai tahap kehebatan dalam bermain muzik. Tapi, siapa sangka mereka terpilih ke semi final. Ianya sudah cukup bagus bagi percubaan kali pertama. Ternyata di Sabah ini memang ramai bakat bakat baru yang harus di ketengahkan. Antaranya menerusi pertandingan yang di anjurkan oleh YAMAHA ini sendiri. Tahniah kepada YAMAHA atas keprihatinan anda membuka peluang untuk anak anak muda seperti mereka.

Di khabarkan, kesemua peserta dari sabah ini akan bertolak ke kuala lumpur pada tanggal 3 September 2016 iaitu pada pagi hari Sabtu ini. Dan acara semi final akan berlangsung pada sebelah petang. Semestinay kesemua mereka ini sedang giat berlatih untuk memastikan peluang ke semi final ini berbaloi dan meningalkan 1000 kenangan dan pengalaman baru buat mereka semua.

Sebaik sahaja semi final berlangsung pada petang sabtu, kesemua mereka ini akan terbang semula ke Kota Kinabalu pada hari ahadnya. Kesemua kos perjalanan, tempat tinggal dan makan minum di taja oleh YAMAHA. Apa pun, tahniah sekali lagi kepada 4 buah band ini, Anda membawa nama Sabah ke tahap yang lebih tinggi khususnya dalam arena seni muzik. Semoga impian anda ke jepun akan bakal tercapai. yang pasti, lihatkan apa yang anda ada, dan kasi all out semua di hadapan juri pertandingan mahupun penonton yang bakal menyaksikan persembahan anda secara LIVE nanti.