Mereka berasal dari Kedah

Derly’s Run merupakan sebuah band yang baru sahaja bertapak dalam industri muzik tanah air kita. Band ini yang berasal dari Kulim, Kedah ini dianggotai oleh 4 orang anak muda. Mereka ialah Derly (Vocal + Second Guitar), Limin (Lead Guitar + Keyboard), Azizul (Bass + Second Vocal) dan Al-Fateh (Drum).

Band ini ditubuhkan pada march 2012. Idea penubuhan band ini diilhamkan sendiri oleh iaitu Derly. Beliau menubuhkan band ini bersama dengan Limin dimana pada ketika itu mereka menganggotai sebuah band iaitu Zevit Caorez.

Mereka memperjuangkan konsep muzik hardcore, alternative rock, emo dan pop punk. Maka tidak hairanlah pengaruh muzik mereka terdiri daripada band-band antarabangsa seperti 30 Second To Mars dan My Chemical Romance. Ini sekaligus dapat menambat hari ramai peminat muzik tempatan khasnya golongan muda.

Derly’s Run telah melancarkan single pertama mereka yang bertajuk “Mara Ke Hadapan”. Single ini telah dikeluarkan pada april 2012 melalui laman sesawang iaitu Youtube. Selain itu juga dua lagi lagu turut dikeluarkan di Youtube dalam bentuk instrumental dimana kedua-duanya masih dalam proses pembikinan iaitu yang bertajuk “Pretend” dan “A Better Life”.

Buat masa sekarang mereka dalam proses untuk menyiapkan sebuah EP yang memuatkan 6 buah lagu dan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Mereka juga telah menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk For The World untuk Peace For Gaza selain bergabung bersama-sama dengan band lain untuk project band. Mereka juga turut membuat persembahan bersama-sama dengan band-band tempatan yang lain dalam Carnival Music Fest 2013 pada februari yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, anda semua boleh klik like pada bandpage Derly’s Run dengan melayari laman sesawang facebook bandpage mereka. Anda juga boleh menghubungi Derly (012-4414139) dan Limin (013-4948041) untuk keterangan lanjut. Jangan lupa nantikan EP mereka yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Akhir kata, sokongan anda semua terhadap band ini akan dapat memberikan satu inspirasi kepada mereka dimasa hadapan. Ini sekaligus bukan sahaja dapat menaikkan nama industri muzik tanah air malah menjadi pembakar semangat kepda mereka untuk berjaya. Semoga berjaya diucapkan kepada Derly’s Run.