Mereka berasal dari Teluk Intan, Perak

Legar

BAru baru ini kami telah menerima sebuah lagu dari sebuah kumpulan yang berasal dari Teluk Intan Perak yang diberinama LEGAR.Tak banyak info yang kami perolehi dari band ini kerana rasanya mereka masih belum membuat kemas kini halaman facebook mereka.Mungkin mereka sibuk mengaturkan program akan datang.

Walaubagaimanapun,mereka telah berkongsikan sedikit maklumat mengenai ahli kumpulan mereka.BAnd ini terdiri dari 4 orang iaitu USEE sebagai vokalis, A’EN sebagai pemain gitar utama, ZACK sebagai pemain bass dan HUSEN sebagai pemain drum.
Band ini telah menghasilkan 2 buah lagu yang telah dirakamkan dalam bentuk CD dan juga telah melalui proses promosi sekitar area Perak.Antara lagu yang dimuatkan dalam CD tersebut adalah 2 buah lagi iaitu LEGAR & KENANGAN SEMALAM.
Mereka mendapatkan kerjasama dari studioErfan Studio untuk proses rakaman.Manakala Otai Music adalah lable yang membantu dalam proses promosi lagu ini.Manakala penerbit lagu ini adalah kendalian Lan Kasawari dibantu oleh Anjoon.