Mereka juga MAKHLUK Tuhan

Siapa sangka yang band ROCK KAPAK masih ada peminat yang tegar.Ini terbukti dengan kemunculan sebuah band yang masih mengekalkan 100% konsep ROCK KAPAK dari segi penampilan,pakaian dan mutu persembahan di pentas yang di kenali sebagai kumpulan MAKHLUK.Band ini berasal dari Kota Kinabalu yang mula di kenali melalui penampilan mereka di acara battle of the band sekitar KK.

Mereka terdiri dari 5 orang anggota yang masing masing meminati muzik rock kapak.Bobby selaku penaynyi mereka juga mempunyai tone suara yang memang sesuai untuk lagu lagu berkonsepkan rock dulu dulu ini.Dan juga,kesemua lagu lagu mereka adalah hasil ciptan mereka sendiri termasuk melodinya.

Baru baru ini,mereka telah di jemput untuk membuat persembahan di sebuah program belia dan ternyata stage tersebut telah penuh dan dapat sambutan pengunjung.Rasanya soalan yang bermain di minda mereka adalah,rupanya masih ada lagi band rock kapak di Sabah ni aah…

Buat masa ini,lagu mereka sedang bertarung dalam CARTA LAGU SABAH dan berada di tangga kedua pada ketika ini.Kali ini,mereka telah serius untuk mengorak langkah untuk maju kehadapan melalui pembikinan Album Sulung mereka yang bakal menemui peminat dalam masa yang terdekat.Sama sama kita berikan sokongan kepada MAKHLUK ini.

Buat masa ini,lagu mereka telah ada di ruangan I-Song dan boleh di dengarkan pada bila bila masa sahaja.Untuk mengenali mereka dengan lebih dekat,anda boleh mengunjungi page mereka di FB iaitu http://www.facebook.com/pages/Makhluk/262262743817118?sk=wall

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial