MEREKA KEMBALI KE PENTAS GIG SETELAH 21 TAHUN MENYEPI.

Muzik HARDCORE adalah muzik yang di kenali sebagai muzik keras. Kenyaringan bunyi gitar serta ketukan drum yang laju menyebabkan ianya sentiasa di cop sebagai bunyi yang menyakitkan telingga. Namun demikian, anak anak muda dahulu serta sekarang masih meminati muzik sebegini rupa. Mungkin, jiwa anak anak muda yang cenderung dengan kepantasan serta kebingittan muzik ini membuatkan mereka memilih aliran HARDCORE salah satu genra yang sertemat di jiwa. Selari dengan usia remaja yang masuk ke alam belia.
Pertengahan tahun 90an, daerah Tuaran amat terkenal dengan scene undergroundnya. kebangitan anak anak muda yang mencari arus muzik keras ini semakin membuak buak ibarat api yang di tuang petrol. Mereka tampil dengan sumber kewangan yang terbatas. Ditambah lagi dengan kekurangan alat muzik yang canggih. Apa lah daya, tahun 90an. Sesiapa yang ada PASSBOX (gitar effect) dah dikira band yang hebat. band HARDCORE yang mula mendapat nama dan mempunyai pengaruh besar di saat itu adalah kumpulan HANDCUFF.
Handcuff mula ditubuhkan pada tahun 1996 yang pada masa itu dianggotai oleh Jack (vocal), Iwan (Gitaris), Sam (Drum) dan Wan Mahmud (Bass). Handcuff mula menjadi serius dalam mempertengahkan muzik dan identiti mereka sebagai sebuah band hardcore pada tahun 1998. Vocalist pada masa ini diganti oleh vocalist baru (Neekoh) dan Handcuff membuat persembahan gig pertama mereka pada tahun itu.
Pada tahun 1999, sekali lagi Handcuff membuat perubahan dalam ahli mereka dengan membawa masuk penyanyi asal mereka dan mempunyai dua vocalist pada masa itu serta line-up baru, Pid (Gitarist) dan Djamhar (Bassist). Telah Menghasilkan beberapa lagu pada masa ini diantaranya ‘Chaos’ dan ‘Inside Out’. Namun Neekoh telah menarik diri tidak lama selepas itu. Muzik Handcuff pada masa ini mempunyai pengaruh yang kuat oleh band-band seperti Biohazard, Downset, Earth Crisis, R.A.T.M dan Stuck Mojo.
Handcuff telah menghasilkan Demo mereka berbentuk kaset pada tahun 2000 yg memuat 4 buah lagu dan dijual kepada rakan-rakan atau mereka yg mengenali mereka. Handcuff sangat aktif sekitar 1999-2001 dan sering membuat persembahan gig dan pernah menjadi opening band untuk Love Me Butch di Kota Kinabalau pada tahun 2000. Pada tahun 2002 Handcuff telah berhenti seketika oleh kerana komitmen masing-maisng yang tidak dapat dielakkan.
Tahun 2006 Handcuff kembali aktif namun hanya diteruskan oleh Sam dan Iwan sambil membawa masuk beberapa Line-up baru. Aktif bermain di gig-gig sekitar Kota Kinabalu & Tuaran dan pernah bermain bersama Band hardcore dari Australia ‘Driven Fear’. Tahun 2008 pula Iwan terpaksa mengundurkan diri. Handcuff diteruskan oleh satu-satunya ahli asal mereka, Sam (Drum) dan ahli baru Faizal (Vocal) Yazid (Gitar) dan Biebie (bass).
Handcuff pada masa ini bolehlah dikatakan sebagai ‘Handcuff Season 2 of 2008’ kerana hampir semua line-up adalah baru. Pada masa ini Handcuff telah merakam beberapa lagu yang telah dimuat naik di Myspace Handcuff. Antaranya ada ‘The People’ and ‘New World Chaos’. Pada tahun 2011 sekali lagi Handcuff terpaksa berhenti daripada scene atas sebab komitmen masing-masing.
Akhirnya pada tahun 2017, ahli-ahli lama Handcuff sejak 1999 telah sebulat suara ingin bersatu kembali dan meneruskan perjuangan dalam muzik scene di Sabah khususnya. Kini Handcuff dalam proses latihan dan persiapan untuk menyiapkan EP mereka yang dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.
Handcuff juga ingin merakamkan perghargaan kepada mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada ‘Handcuff Season 2’ sebagai line-up atau sessionist. Mereka adalah Faizal, Yazid, Biebie (Old Navy), Nai (GBD / Poseidon), Anton (Demizer), Pijat (John Smith) dan Zack (D Main C). Kini Handcuff akan diteruskan oleh line-up mereka yang sebenar.
Jutaan terima kasih kepada SAM atas kesudian beliau berkongsi sejarah hidup kumpulan HANDCUFF. Apapun, sama sama kita nanti kan kemunculan original line up HANDCUFF pada 2 september ini setelah 21 tahun berehat.