Mereka kembali secara “SILENT”



Another Silent Circus merupakan band dari Membakut yang telah ditubuhkan sekitartahun 2010.Idea penubuhan band ini diilhamkan sendiri oleh Afdeny yang bermain sebagai gitaris. Band ini memperjuangkan konsep muzik easycore dimanapengaruh yang mereka bawa terdiri daripada band-band luar seperti Four Year Strong dan A Day To Remember.

Band ini pada asalnya dianggotai oleh Afdeny( Gitar ), Imran ( Bass ) dan Luther ( Drum ). Namun selepas setahun, Imran keluar meninggalkan band ini atas komitmen lain. Kini Another Silent Circus dianggotai oleh Affidy ( Drum ), Kai ( Sessionist Bass ), Jun-Jun ( Gitar ), Luther ( Second Vocalist ) selain Afdeny ( Gitar ) danAffany ( Vocalist ) yang merupakan adik-beradik.

Pada awal penubuhan mereka telah merakamkan sebuah demo yang bertajuk Bring It Down. Dimana 
lagu ini telah dibawa pada gigs army of friend ( 2011 ) yang sempat disertai oleh mereka. Dengan jadual kerja yang agak padat banyak undangan terpaksa ditolak termasuklah dari negara jiran sendiri iaitu Indonesia.




Dalam kalender 2013, mereka bercadang untuk menyiapkan demo yang telah lama terbengkalai. Malah mereka turut mengalu-alukan undangan dari pihak penganjur untuk membuat persembahan di gig. Sekaligus dapat bergiat aktif dalam industri muzik tempatan.

Pengisian slot untuk bassist band ini amatlah diperlukan. Dimana tempat ini diisi buat sementara waktu oleh sessionist bassist ( Kai ). Bagi bassist yang single dan berminat boleh menghubungi Afdeny melalui laman sesawang facebooknya sendiri.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari laman sesawang mereka iaitu Another Silent Circus facebook bandpage.Anda boleh klik like dan sekaligus mendengar demo band ini. Diharapkan semua peminat muzik tempatan terus memberikan sokongan terhadap band ini dimasa hadapan.